• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyang Melingkar Lepas Bedal Anak Kambing…

oleh AK-47
24/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Ular sawa sepanjang hampir lima meter yang kekenyangan setelah baham seekor anak kambing di Selama, di sini, berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.18 petang itu, tujuh anggota APM terpaksa mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk menarik keluar ular yang dianggarkan hampir 70 kilogram itu dari sebuah kawasan paya berhampiran pusat Giatmara Selama.

Pegawai Pertahanan Awam Unit Selama, Leftenan (PA) Azman Amat berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada penduduk memaklumkan menemui reptilia gergasi berkenaan yang berada di dalam sungai.

“Kami tidak berdepan masalah kerana ular sawa itu tidak agresif berikutan masih kekenyangan selepas menelan anak kambing.

“Ular sepanjang kira-kira lima m dan seberat hampir 70 kilogram itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selama untuk tindakan lanjut,” katanya seperti yang dipetik portal Harian Metro.

Sementara itu keadaan cuaca hujan dan lembab di daerah ini mungkin menyebabkan ular berkenaan keluar mencari makan dan menjadikan ternakan penduduk sebagai sasaran. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Tags: APMdibahamular sawa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

Budak 10 Tahun Hampir Maut Digigit & Dibelit

Budak 10 Tahun Hampir Maut Digigit & Dibelit

09/01/2026
0

  Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun hampir menemui ajal selepas digigit dan dibelit ular sawa batik berhampiran rumah bapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd