• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kena Terima Kumpulan Bawa Pendekatan Islam

oleh Ahmad Albab
30/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Nik Omar, anak kedua bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta rakyat supaya berfikiran terbuka dalam menerima mana-mana kumpulan yang membawa pendekatan Islam walaupun berbeza pandangan.

Nik Omar, calon PKR-Amanah bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, kubu kuat PAS yang pernah diwakili Allahyarham Nik Aziz, berkata setiap pihak perlu meraikan pandangan orang lain dan tidak boleh menegakkan pendapat kumpulan yang diwakilinya sahaja.

“Kalau kita rasa kita berpegang dengan Islam, kita nak mendaulatkan Islam, itu satu kebaikan. Dalam masa sama, kita kena rai juga pandangan orang lain, usaha kumpulan orang lain,” katanya dalam program Bicara Ikon Harapan yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Naib Presiden Amanah Husam Musa hari ini.

Nik Omar, 53, mencetuskan kontroversi apabila bertanding sebagai calon PKR-Amanah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 9 Mei ini, yang dilihat sebagai bertentangan dengan pendirian keluarganya yang teguh memperjuangkan PAS.

Susulan tindakannya itu, PAS mengambil tindakan memecat beliau pada Sabtu lepas.

Nik Omar terlibat dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Chempaka dengan Mohamed Fareez Noor Amran mewakili Barisan Nasional (BN-UMNO) dan Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad mewakili PAS.

Sementara itu, balu Nik Abdul Aziz, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, dilaporkan akan berkempen di DUN Chempaka bagi membantu Ahmad Fathan.

“Disebabkan ada sedikit gangguan dalam keluarga kami terhadap PAS di DUN Chempaka khususnya, maka, bonda memutuskan untuk turut bersama-sama jentera muslimat PAS di sana,” kata Nik Mohamad Abduh, 48, yang merupakan calon PAS di Parlimen Bachok.

Beliau merupakan anak kelima Allahyarham Nik Aziz. – BERNAMA

Tags: Nik Omar Nik Abdul Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yadim Tidak Wajar Dicabuli Demi Kepentingan Politik

30/03/2019
0

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar kerajaan menghentikan usaha merubah urus tadbir Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang...

Nik Omar Mulakan Tugas Sebagai YDP YADIM

20/12/2018
0

PUTRAJAYA - Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu Nik Omar Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Zolkharnain Abidin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd