• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Larang Ariff Bahran Bercinta

oleh Haris
19/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMAKIN dikenali ramai dalam industri hiburan negara, penyanyi meningkat naik, Ariff Bahran mengakui bahawa keluarganya memantau setiap gerak-geri bagi memastikan dia tidak lalai dan tersasar dari tujuannya menceburi bidang itu.

Ujar Ariff, kedua-dua ibu bapanya sememangnya bimbang akan keputusannya terbabit dalam bidang seni kerana tidak mahu namanya dikaitkan dengan isu remeh yang boleh mengganggu kerjaya dan pengajiannya.

Dia yang merupakan penuntut jurusan seni di Universiti Malaya-Wales itu berkata, persepsi ibu bapanya berubah selepas melihat usaha Ariff menaikkan single pertamanya sehingga menjadi siulan ramai.

Bagaimanapun, mereka tetap meletakkan beberapa syarat kepada Ariff sekiranya mahu meneruskan perjuangannya dalam bidang seni.

“Kedua-dua orang tua kurang senang apabila saya terbabit dalam dunia seni. Namun, selepas melihat usaha dan kesungguhan saya sehingga single pertama, Kata Akhirmu diterima ramai, mereka mula menunjukkan sokongan.

“Kepercayaan itu bagaimanapun, datang bersama syarat. Saya tidak boleh mengabaikan pelajaran dan harus memastikan kedua-dua bidang berjalan seiring.

“Mereka juga tidak menggalakkan saya mempunyai kekasih kerana bimbang fokus akan lari,” katanya menurut laporan portal BH Online.

Mengulas mengenai kejayaan single pertamanya itu, Ariff mendedahkan bahawa dia langsung tidak menyangka lagu tersebut akan mendapat sambutan yang hangat sekali gus membuatkan bakatnya dikenali ramai.

Tambah Ariff, populariti terhadap lagu yang dilancarkannya pada November tahun lalu itu telah menyebabkan dia menerima lebih daripada 90 mesej peminat menerusi ‘Direct Message’ (DM) di laman sosialnya setiap hari.

Ariff namun mengakui sangat teruja menerima sambutan positif itu memandangkan rata-rata peminatnya merupakan mereka sebaya usia dengannya sekali gus memudahkan mereka berkomunikasi dan berkongsi pendapat.

Bagaimanapun, Ariff berkata dia tidak gemar dengan segelintir peminat wanita yang berkelakuan tidak senonoh ketika berinteraksi dengannya di ruangan DM itu.

“Peminat saya seimbang antara lelaki dan perempuan. Kami juga ‘satu kepala’, mungkin kerana usia kami sebaya. Saya boleh berkongsi apa sahaja dan mereka faham maksud yang cuba disampaikan.

“Cuma, saya agak terkilan apabila terpaksa berdepan peminat wanita yang beri komen tidak senonoh. Perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana saya di sini untuk berkongsi bakat,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Ariff BahranBBNUpenyanyi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu 1MDB, TRX Fitnah Kitar Semula – Abdul Azeez

Next Post

Suami Minta Rasuah, Isteri Menyamar Penjawat Awam

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

Next Post

Suami Minta Rasuah, Isteri Menyamar Penjawat Awam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd