• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Penculik Palsu Ancam Mahu Duit, Rogol Mangsa

oleh
05/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA di Malaysia pernah kecoh dengan kisah siri penculikan murid sekolah melibatkan penjenayah yang suka menggunakan van berwarna putih, lain pula halnya negara jirannya di Singapura.

Media tempatan melaporkan ramai orang membuat aduan, menerima kiriman pesanan SMS yang mendakwa konon ahli keluarga mereka diculik dan menuntut supaya memindahkan wang demi keselamatan orang yang disayangi itu.

Justeru pihak Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini bahawa mereka turut menerima beberapa aduan tentang mesej tular seperti itu dihantar ke telefon bimbit tertentu.

Menerusi laman sosial Facebook rasmi SPF, ia mendedahkan dalam tempoh 24 jam semalam, lima orang sudah memuat naik petikan gambar memaparkan SMS yang diterima mangsa dan sebenarnya dipercayai sebagai palsu.

Mesej itu berbunyi: “Saya sudah menculik anak perempuan anda. Jika mahukan anak anda selamat, sila pindahkan S$500,000 (RM1.4 juta) ke akaun saya sekarang. Jika anda cuba buat aduan polis, saya akan rogol anak anda.”

Menerusi kenyataan media berkenaan, SPF menasihati mereka yang menerima mesej pelik seumpama itu supaya lebih bertenang dan jangan sesekali memindahkan sebarang wang atau bertindak membalas kiriman SMS tersebut.

Polis juga menasihati supaya segera menghubungi orang disayangi untuk memastikan keselamatan mereka. Selain itu, segera sekat nombor telefon itu dan membuat aduan dengan menyifatkannya sebagai kes mesej berbaur spam.

Mereka yang mahu memberikan sebarang maklumat mengenai kes seumpama itu boleh menghubungi talian SPF di 1800-255-0000 atau menerusi laman sesawang www.police.gov.sg/iwitness. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: SingapuraSPF
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd