• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Belum Terima Surat Rayuan PPBM – TPM

oleh Ahmad Albab
08/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kementerian Dalam Negeri masih belum menerima surat permohonan rayuan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berhubung penggantungan sementara parti itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau ada mendapat maklumat bahawa parti itu mahu membuat rayuan berhubung perkara berkenaan, namun pihaknya tidak menerima sebarang dokumen setakat ini.

“Saya sudah membaca dalam media bahawa mereka (PPBM) akan membuat rayuan. Sehingga kini saya belum menerima sebarang surat rayuan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

RoS pada Khamis mengeluarkan perintah penggantungan sementara berikutan kegagalan PPBM mengemukakan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusatnya serta penyata kewangan setelah diarah berbuat demikian pada 28 Februari melalui satu notis mengikut Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1966.

Ketua pengarah RoS, Surayati Ibrahim berkata setelah mengeluarkan perintah bahawa PPBM mempunyai masa 30 hari untuk mengemukakan butiran itu, parti itu akan dibubarkan sekiranya ia gagal berbuat demikian.

Dalam masa 30 hari itu, PPBM dilarang daripada menggunakan nama dan simbolnya serta menjalankan aktiviti parti.

Pada 20 Mac tahun lepas, PPBM menyertai gabungan pembangkang, Pakatan Harapan, yang sebelum itu dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN), sebagai komponennya.

Sementara itu, mengulas mengenai penggunaan logo dan simbol PKR oleh parti-parti komponen Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14, Ahmad Zahid berkata: “Kami mengalu-alukannya.”

Pengumuman itu dibuat pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad pada program Jelajah Harapan di Taman Bukit Dahlia, di Pasir Gudang, Johor malam tadi. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid HamidiPPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd