• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Katering Buat Hal, Pengantin Bawa Kes Ke Tribunal

oleh
05/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAJLIS perkahwinan pasti menjadi kenangan terindah dalam hidup setiap pasangan pengantin, tetapi jika berlaku kejadian yang tak diingini adakah mereka perlu berdiam diri?

Kelmarin, sepasang pengantin yang didakwa ditipu oleh sebuah syarikat pengendali makanan dan pengurusan perkahwinan tampil membuat aduan di Tribunal Tuntutan Pengguna (TTPM) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri.

Sebab utama mereka melaporkan kejadian itu kepada pihak bertanggungjawab ialah kerana ketika majlis yang diadakan pada 24 Mac lalu bertempat di Dewan Kolej Universiti Widad, Kuantan, Pahang pengendali itu telah gagal menyediakan lauk pauk.

Menurut pasangan pengantin terbabit, Mohd Nor Afzarizal Zulkipli, 35, dan Amy Nur Alice Kamaruddin, 23, pihak katering tidak menyediakan menu sambal sotong untuk sajian 500 orang tetamu seperti yang sudah dipersetujui dengan alasan lauk tersebut telah tumpah ketika di atas lori.

Selain itu, syarikat berkenaan yang telah melantik pasangan selebriti populaar tanah air sebagai duta bagaimanapun turut gagal menyediakan pakej sebagai mana dalam tawaran berkenaan.

Malah, mereka juga terpaksa menanggung malu ketika majlis perkahwinan itu setelah mengalami bermacam masalah sepanjang ia berlangsung.

Laporan yang dibuat itu ujar mereka bertujuan untuk menyuarakan hasrat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah disediakan oleh syarikat pengendali majlis tersebut.

Mereka turut mendapatkan khidmat nasihat daripada pelbagai pihak untuk mendapatkan tuntutan keadilan terhadap pasangan tersebut dan keluarga.

Sehingga kini, syarikat tersebut masih belum menyelesaikan permasalahan itu walaupun sudah hampir dua minggu majlis resepsi mereka berlangsung.

“Kami akan mengemukakan salinan aduan bertulis tribunal ini kepada pejabat cawangan syarikat katering untuk makluman mereka. Kes ini akan didengar pada 30 April ini.

“Pihak tribunal memaklumkan supaya kami sebagai pengadu dan pihak syarikat terbabit perlu hadir bagi mengemukakan hujah dan fakta masing-masing,” kata Mohd Nor Afzarizal dipetik portal Sinar Harian.

Dalam masa yang sama, jika pihak syarikat ataupun wakil mereka gagal untuk hadir ke perbicaraan tersebut, hanya hujahan pihak mereka sahaja yang akan didengar serta dinilai tribunal pengguna terlebih dahulu sebelum perintah undang-undang dikeluarkan kepada syarikat berkenaan.

Afrizal dan isterinya kini sentiasa terbuka jika pihak katering berkenaan mahu berunding secara baik kerana sebaik-baikya mereka mahu isu berkenaan diselesaikan dengan segera.

Laporan polis turut telah dibuat di Balai Polis Indera Mahkota, Kuantan pada Jumaat lalu bagi tindakan lanjut. -MYNEWSHUB.CC/ AH

Tags: NetizenTRIBUNAL PENGGUNA
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd