• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Karnival ‘Ganu Molek Doh’ Ketengah Kraf Dan Makanan

oleh AK-47
23/04/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Warga kota yang mahu menikmati pelbagai sajian tradisi dan membeli produk warisan Terengganu kini berpeluang berbuat demikian dengan berkunjung ke Karnival Jom Jelajah Terengganu 2018 di Pusat Beli Belah AEON AU2, di sini.

Karnival bertemakan ‘Ganu Molek Doh’ itu berlangsung selama sembilan hari, sehingga 29 April ini melibatkan 24 usahawan pelbagai jenis produk Terengganu seperti batik, songket dan makanan.

Antara makanan yang ditawarkan ialah kuih nekbat, kuih tradisional pembasuh mulut, satar ikan, nasi dagang selain keropok lekor serta ketupat dan rendang.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Rosman Roslan berkata karnival berkenaan merupakan platform terbaik bagi kerajaan negeri mempromosi keaslian dan keindahan budaya serta warisan Terengganu.

“Dengan kehadiran duta-duta kecil Terengganu yang mempromosi produk dan budaya Terengganu, diharap dapat memperluaskan pasaran usahawan serta menarik minat pengunjung untuk datang ke Terengganu,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian karvinal Jom Jelajah Terengganu itu.

Rosman berkata keistimewaan pada karnival tersebut ialah kepelbagaian makanan tradisional yang ditawarkan serta aneka pilihan songket dan batik pada harga promosi.

“Terengganu tidak hanya popular dengan songket dan batik tetapi kami juga popular dengan makanan yang enak. Buat orang ramai yang teringin nak merasa keenakan makanan tradisional Terengganu boleh datang ke sini beramai-ramai,” katanya.

Beliau berkata pelbagai aktiviti menarik juga disediakan sepanjang karvinal itu antaranya persembahan lagu tradisional Terengganu, persembahan mencating batik dan demo masakan tradisional. – BERNAMA

Tags: Jom Jelajah Terengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd