• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kampung Numbak Diwarta Tapak Kediaman Penduduk

oleh AK-47
26/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANGGAR – Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini mengumumkan pewartaan tanah seluas 21 hektar sebagai tapak kediaman penduduk di Kampung Numbak, dekat sini.

Beliau berkata dengan pewartaan itu, tiada lagi pihak boleh menghalang atau mengusir penduduk yang menetap di tanah berkenaan.

“Hasil perbincangan antara pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu serta Jabatan Tanah dan Ukur bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan beberapa pemimpin di kawasan Sepanggar serta hasil perbincangan beberapa kali dengan saya, kawasan ini (Kampung Numbak) kini menjadi milik penduduk di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Numbak hari ini.

Selain itu, Musa berkata terdapat beberapa lagi kawasan di kawasan Sepanggar akan diwartakan sebagai tanah kampung termasuk di Kampung Kuala Menggatal dan Kampung Kibagu.

“Bukan itu sahaja hasil kerja kuat pemimpin di sini bersama Abdul Rahman, kerajaan persekutuan sudah membelanjakan RM9 juta untuk bekalan air terawat di kawasan Sepanggar, selain peruntukan RM800,000 untuk membaiki titian di Kampung Numbak,” katanya.

Musa berkata pengumuman itu menunjukkan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa bekerja untuk membantu rakyat.

“Sebagai pemimpin atau parti yang bertanggungjawab, inilah amanah harus diberikan kepada rakyat. Kita berkhidmat kepada rakyat kerana kemenangan diberikan oleh rakyat itu satu amanah yang besar,” katanya.

Sehubungan itu, Musa meminta rakyat di kawasan Sepanggar untuk menyokong dan memberi kepercayaan kepada Abdul Rahman dan Datuk Jainab Ahmad Ayid yang diumum sebagai calon di kerusi Parlimen Sepanggar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai.

“Calon di kawasan Sepanggar adalah terbaik dan ia sudah terbukti apabila mereka sering berjumpa saya untuk meminta apa yang terbaik untuk rakyat dan hari ini sebahagian daripada Kampung Numbak diwartakan sebagai tapak kediaman penduduk,” katanya.

Sehubungan itu, Musa yang juga Pengerusi BN Sabah meminta rakyat negeri ini, khususnya di kawasan Sepanggar tidak terpengaruh dengan janji yang ditaburkan parti pembangkang.

“Pemimpin parti pembangkang hanya tahu bercakap bohong dan membuat kacau…mereka masuk kampung keluar kampung hanya membuat janji kosong.

“Lebih-lebih lagi pemimpin Warisan…dulu pernah jadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah..apa dia buat? Dia tidak pernah lawat kampung-kampung di seluruh Sabah.

“Tetapi sekarang saya heran, dia sudah tidak ada kuasa dan peruntukan…dia masuk kampung keluar kampung untuk berjanji bulan dan bintang…sudah ada bukti pembangkang hanya tahu berjanji kosong. Namun saya percaya rakyat tahu memilih mana satu kaca dan permata,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MCA Pahang Pertaruh 10 Muka Baharu PRU14

Next Post

BN Punyai Rekod Baik Bangunkan Labuan

Related Posts

Musa Tidak Didakwa Pada 2012 Kerana Kes Dana Politik

09/11/2018
0

PUTRAJAYA - Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman pada...

Musa Aman Akan Cabar Keputusan Mahkamah

07/11/2018
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman akan merayu terhadap keputusan oleh Mahkamah Tinggi di sini...

Next Post

BN Punyai Rekod Baik Bangunkan Labuan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd