• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kamal Belum Bagi Cincin, Nafi Dah Lamar Emma

oleh
25/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUDAH lama bercinta tak semestinya kena cepat-cepat mendirikan rumah tangga… Tapi kalau dah berkemampuan, bolehlah dipercepatkan ikatan supaya nanti tak jadi apa-apa yang tidak diingini.

Kisah cinta antara pelakon Kamal Adli dan aktres putih melepak Emma Maembong sering mendapat perhatian peminat lebih-lebih lagi selepas ulang tahun kelahiran gadis manis itu sekitar bulan lalu.

“Mana ada saya melamar Emma kat atas bukit tu,” jelas Kamal dipetik daripada portal Harian Metro.

Kamal telah mengadakan satu majlis kejutan buat Emma di sebuah kawasan yang tidak ramai orang tahu iaitu di Bukit Besi, Cheras di ibu negara dibantu oleh beberapa lagi teman rapat mereka.

Ada dakwaan mengatakan kononya ketika kejadian, Kamal telah memberikan cincin sebagai tanda ikatan hubungannya bersama dengan Emma bersempena hari lahirnya yang ke 26 tahun.

Momen romantis itu telah dikongsikan oleh rakan baik Kamal dikenali sebagai Itik Kejam di laman Instagram miliknya.

Kebanyakan pengikut memuji tindakan pelakon drama Sha & Shah itu yang sanggup mendakit bukit serta merancang kejutan hebat bagi menjayakan sambutan penuh bermakna buat wanita kelahiran Pantai Timur itu.

Kawasan puncak bukit itu dicurahi dengan cahaya lampu dan lilin bagi membuatkan keadaan bertambah romantis.

Selain itu, sebab utama mengapa ada desas desus mengtakan Kamal memberi cincin kepada Emma ialah disebabkan terdengar dialog Kamal memberitahu bahawa dia mempunyai beberapa lagi kejutan buat gadis kesayangannya itu.

“Kalau saya mahu beri cincin saya akan melakukannya mengikut adat. Saya tidak akan memandai sendiri.

“Saya tidak akan sesekali membelakangkan kedua orang tua kerana itu dianggap langkah besar apatah lagi ibu bapa Emma sendiri,” tambahnya. Bagaimanapun, Kamal tetap berpuas hati.

Ini kerana rancangan mereka dipermudahkan walaupun jika dilihat secara mata kasar ia agak sukar dilaksanakan kerana mereka perlu mendaki bukit serta membawa banyak peralatan penting bagi melaksanakan kejutan itu.

Kedua-dua selebriti  ini mulai rapat selepas Emma memutuskan hubungannya bersama dengan pelakon dan pelawak terkenal iaitu Zizan Razak sekitar tahun 2015 yang lalu.

Malah, Emma menafikan dakwaan kononya dia sedang hangat bercinta dengan Kamal kerana dikatakan dia kini semakin sibuk dengan kerjaya sehingga tiada masa memikirkan soal perkahwinan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: EMMA MAEOMBONGKamal AdliNetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

15/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berdiri sendirian di tepi jalan sambil memegang plakad Barisan Nasional...

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Netizen mula menyasarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan untuk mengulangi keputusan PRN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd