• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar GST Tidak Naik Selepas PRU14 – Zahid

oleh Ahmad Albab
19/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan kadar enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walaupun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengiraan yang dibuat kerajaan mendapati kadar sedia ada mencukupi dan mampu memberi pendapatan lebih RM40 bilion kepada negara.

Dalam pembetangan Bajet 2018 pada tahun lalu, katanya, kerajaan juga menjangka adanya peningkatan pendapatan daripada hasil petroleum iaitu daripada AS$52 setong meningkat kepada AS$70 setong sebelum ini.

“Pendapatan negara melalui hasil minyak yang diperoleh daripada dividen Petronas mampu membantu kerajaan melaksanakan projek yang ada di dalam Manifesto Barisan Nasional (BN).

“Ia juga mampu menampung kenaikan satu gaji tahunan penjawat awam yang diumumkan baru baru ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata dakwaan kenaikan kadar GST itu dibangkitkan pihak tertentu yang sengaja mahu merosakkan kepercayaan rakyat terhadap BN yang memerintah negara.

Beliau berkata perkara itu tidak berasas kerana Kementerian Kewangan dan Bank Negara sendiri tidak melihat perlunya kadar sedia ada dinaikkan.

“Pendapatan kita bukan sahaja cukup tetapi mampu menampung belanjawan yang diumumkan malah untuk 5 tahun akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid HamidiGST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Beri Penalti Real Madrid, Pengadil Diugut Bunuh

Next Post

Mahathir Ditempelak Buat Pusingan U Isu Kedai Roti

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Kemenangan DUN Mahkota Bukti Rakyat Terima Pentadbiran Anwar Ibrahim – Zahid

Kemenangan DUN Mahkota Bukti Rakyat Terima Pentadbiran Anwar Ibrahim – Zahid

28/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) sekali gus mengekalkan penguasaan gabungan parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Next Post

Mahathir Ditempelak Buat Pusingan U Isu Kedai Roti

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd