• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurulatih UKM FC Puashati Tamatkan Badi Kekalahan

oleh AK-47
24/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussin gembira apabila pasukannya berjaya menamatkan badi kekalahan dalam saingan Liga Premier, musim ini setelah menundukkan Sabah 3-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, d sini hari ini.

Beliau berkata kemenangan kedua daripada lapan perlawanan yang diharungi amat bermakna untuk memastikan mereka tidak tercicir jauh dengan pasukan lain terutamanya dalam usaha mereka untuk kekal bersaing dalam Liga Premier, musim depan.

Kunci kejayaan perlawanan hari ini adalah kembalinya kapten pasukan, Mohamad Hafizudin Sulaiman yang berehat panjang akibat kecederaan, selain ketajaman sentuhan penyudah penyerang import dari Korea Selatan, Nam Sein-In yang meledak dua gol pada perlawanan berkenaan.

“Sebelum perlawanan, saya cabar pemain untuk kembali mencatat kemenangan sekiranya ingin kekal beraksi dalam saingan Liga Premier musim depan dan Alhamdulillah, pemain ikut arahan yang diberikan.

Cuma di penghujung babak perlawanan, bahagian belakang kita agak longgar dan Sabah mengambil kesempatan tetapi saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pemain kerana dapat mempertahankan kedudukan 3-2 sehingga tamat perlawanan,” kata Sulaiman ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan.

Pada aksi hari ini, UKM FC selesa mendahului 3-0 hasil jaringan Nam Se-In pada minit ke-28 dan minit ke-58, sebelum pemain Rwanda, Kipson Atuheire menambah derita pasukan pelawat menerusi gol ketiga pada minit ke-72.

Sabah bagaimanapun bangkit pada babak kedua perlawanan dengan meraih dua gol menerusi pemain import dari Puerto Rico, Hector Omar Ramos Lebron dan Justin Samaan mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-75 dan minit ke-82. – BERNAMA

Tags: Sulaiman HussinUKM FC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd