• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurukimpal Cilik 13 Tahun Bantu Bapa Di Bengkel

oleh Ahmad Albab
20/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHUKAI – Biarpun baru sahaja berusia 13 tahun, siapa sangka remaja dari Kampung Gong Limau, dekat sini, mahir dalam teknik menyembur dan kimpalan.

Ashri Iman Hanafi Firdaus berkata, dia mempelajari kemahiran itu daripada bapanya Firdaus Mohamad, 33, sejak berusia 10 tahun.

“Saya terbiasa dengan pekerjaan ini, maklumlah saya membantu bapa di bengkel selepas pulang sekolah.

“Bermula dengan teknik mengukur dan memotong besi, saya kemudian mempelajari teknik menyembur dan mengecat sebelum dilatih mengimpal besi.

“Pada usia 11 tahun saya menjadi jurukimpalan di bengkel bapa, tetapi memandangkan ia berisiko bapa hanya menyerahkan tugas menyembur kepada saya,” katanya.

Ashri Iman Hanafi berkata, dia meminati bidang kemahiran dan pertukangan sejak berusia tujuh tahun.

“Sejak kecil saya didedahkan dengan pekerjaan di bengkel, justeru saya minat dan ingin mempelajarinya.

“Bagi orang yang tidak minat, ia dilihat sukar dipelajari tetapi pada saya ia sangat mudah dan menyeronokkan,” katanya yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama Al Falah.

Beliau berkata, dia bercita-cita menjadi pengurus bengkel pertukangan seperti bapanya.

“Biarpun bapa memiliki bengkel namun saya tidak ingin bergantung pada bengkel bapa kerana ingin memiliki bengkel sendiri,” katanya.

Menurutnya, biarpun sudah menguasai beberapa kemahiran namun dia bertekad ingin meningkatkan kemahiran dimiliki.

“Ilmu kemahiran itu tiada had, ia perlu dipelajari dari semasa ke semasa dan kemahiran diasah supaya hasil kerja sempurna,” katanya.

Sementara itu, Firdaus berkata, dia menyedari bakat semula jadi anaknya sejak berusia sembilan tahun.

“Selain bakat, Iman mempunyai minat mendalam terhadap ilmu kemahiran justeru apabila diberi tunjuk ajar dia cepat memahami dan menguasai kemahiran itu,” katanya. – myMetro Online

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kimpalanpertukangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jurukimpal Berjaya, ‘Wanita Besi’ Ini Bukan Biasa-Biasa!

15/02/2018
0

WANITA itu ibarat uncang teh. Anda tidak akan tahu betapa 'kuatnya' mereka sehinggalah mereka 'direndam' di dalam air panas. Berkesempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd