• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jual 80,000 Durian Seminit, Jack Ma Dapat Bantal Emas

oleh
21/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Bilionaire terkenal China, Jack Ma membuktikan kehebatan berjaya jual lebih 80,000 biji durian Thai dalam masa cuma seminit pada Rabu menerusi laman e-dagang terkininya T-Mall.

Kejayaan luar dugaan dicatat pengasas laman e-dagang ternama dunia, Alibaba.com itu menyebabkan Kerajaan Thailand kelmarin menghadiahkan beliau dengan durian terkenal negara itu yang dirujuk sebagai bantal emas!

T-Mall sendiri merupakan laman jual beli atas talian ketiga terbesar di dunia. Urus niaga itu direkodkan sehari sebelum pelancaran rasmi menjelang Ma menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan Thailand.

Ia adalah kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan serta sokongan untuk e-dagang dan pelancongan. Ma ketika sidang akhbar di sini pada Khamis memaklumkan, sebelum dilancarkan hanya ada 60,000 tempahan awal.

Namun sebaik sahaja laman itu dibuka, kira-kira 40,000 biji durian dijual dan angkanya meningkat kepada 80,000 biji dalam tempoh 60 saat termasuk jenis bantal emas yang amat laris sehingga langsung habis semua bekalan.

Pencapaian itu menyaksikan Menteri Perdagangan Thailand, Sontirat Sontijirawong pada pelancaran secara rasmi perjanjian mega tersebut kemudian membuat kejutan dengan menghadiahkan durian bantal emas kepada Ma.

Media melaporkan Ma melabur AS$330 juta (RM1.28 bilion) dalam perjanjian itu. Alibaba.com sebelum ini ada perjanjian AS$428 juta (RM1.67 bilion) dengan kerajaan Thailand untuk jual durian negara itu secara e-dagang.

“China ketika ini dalam landasan untuk menjadi pengguna terbesar di pasaran dunia dengan dipacu pertumbuhan pesat pendapatan kalangan golongan kelas menengah yang kini bertambah kepada 300 juta orang,” jelas Ma.

Beliau pernah beberapa kali berkunjung ke Thailand untuk pelbagai urusan rasmi perniagaan dan pada 2016 lalu, Ma bertemu sendiri Perdana Menterinya, Prayut Chan-o-cha ketika sidang kemuncak G20 di Hangzhou, China.

Pemimpin kerajaan Thailand itu dilaporkan secara peribadi memohon Ma untuk bantu dalam promosi produk tani negara tersebut dengan memanfaatkan segala kemudahan platform teknologi digital. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: AlibabaDURIANJack MaThailand
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3,737 Borang Pencalonan PRU14 Telah Dijual

Next Post

Sufian Terima ‘Lamaran’ Ramai Wanita, Tapi…

Related Posts

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

20/03/2025
1

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup kelapa ke Thailand apabila merampas 38,580 biji kelapa di pangkalan haram...

Suspek Kes Tembak Cari Khidmat Bot Dari Pulau Ketam Ke Thailand – Penduduk

Suspek Kes Tembak Cari Khidmat Bot Dari Pulau Ketam Ke Thailand – Penduduk

18/02/2025
0

PULAU KETAM - Seorang penduduk di sini mendakwa didatangi lelaki yang mahu mencari khidmat bot untuk ke Thailand. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Sufian Terima 'Lamaran' Ramai Wanita, Tapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd