• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3,737 Borang Pencalonan PRU14 Telah Dijual

oleh Ahmad Albab
21/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LARIS… Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat semalam telah berjaya menjual 3,737 borang pencalonan bagi pilihan raya umum (PRU) ke-14 bulan depan.

Menurut SPR dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini, sebanyak 1,220 daripadanya adalah borang pencalonan bagi kerusi Parlimen dan 2,517 lagi adalah bagi dewan undangan negeri (DUN).

Di Kuala Lumpur dan Putrajaya pula sebanyak 43 borang pencalonan telah dijual, manakala di Sarawak 125 borang. Antara negeri yang catat jualan borang pencalonan tertinggi ialah Sabah dan Labuan (288 Parlimen, 605 DUN).

Tidak ketinggalan ialah Pulau Pinang (120 Parlimen, 390 DUN); Selangor (112 Parlimen, 269 DUN); Kedah (100 Parlimen, 241 DUN); Johor (101 Parlimen, 120 DUN); Perak, (86 Parlimen, 189 DUN) telah dijual.

Juga di Kelantan (69 Parlimen, 194 DUN); Pahang (57 Parlimen, 172 DUN); Terengganu (42 Parlimen, 128 DUN); Melaka (21 parlimen, 93 DUN); Negeri Sembilan (6 Parlimen, 58 DUN); dan Perlis (5 Parlimen, 13 DUN).

Selain itu, menurut SPR, sebanyak 45 borang pencalonan kerusi Parlimen dan 45 borang pencalonan DUN turut dijual kepada ramai individu di ibu pejabatnya di Presint 2, Putrajaya.

SPR pada 10 April lalu telah menetapkan hari pengundian PRU ke-14 jatuh pada 9 Mei; penamaan calon pada 28 April manakala pengundian awal pada 5 Mei.

Jumlah kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini masih kekal seperti PRU ke-13 lepas iaitu 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN. – BERNAMA

Tags: PRU14SPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd