• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPN Siasat Pelajar Perempuan Minum Air Ketum

oleh AK-47
04/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR — Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan sedang menjalankan siasatan berhubung gambar serta video tiga pelajar perempuan sebuah sekolah di Kelantan dipercayai meminum air ketum, yang viral di media sosial, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata sekiranya perkara itu benar berlaku tindakan akan diambil ke atas pelajar terbabit kerana mereka melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

“Saya serahkan perkara ini kepada JPN Kelantan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bachok untuk tindakan selanjutnya kerana ini benda yang salah dari segi undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas program sepetang bersama Menteri Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford di sini hari ini.

Video dan gambar tiga pelajar perempuan itu yang dipercayai meminum air ketum mula tersebar dalam aplikasi mesej ringkas WhatsApp dan media sosial Facebook semalam.

Media hari ini melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Supt Mit Emong berkata pihaknya telah mengarahkan siasatan berkaitan kejadian tersebut yang dipercayai berlaku semalam sekitar jam 2 petang.

Kata Mit, hasil siasatan awal mendapati pelajar terlibat terdiri daripada pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Kelantan dan mereka dipercayai berkongsi wang membeli air ketum itu dengan harga RM10 dengan tujuan ingin mencuba.

​​​​​​Dalam pada itu, Mahdzir berkata Kementerian Pendidikan akan memastikan sekolah berusia lebih 100 tahun di seluruh negara dipantau bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik sekali gus mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Beliau berkata pemantauan ke atas kira-kira 20 sekolah yang berusia lebih 100 tahun di negara ini antaranya melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan termasuk pendawaian.

“Sebahagian daripada program hari ini adalah untuk melihat sekolah-sekolah lama yang dibina sebelum merdeka lagi. Bila sebut sekolah Clifford yang berusia 121 tahun ini kita nak tengok bagaimana kita boleh bantu sedikit sebanyak dalam konteks penyelenggaraan,” katanya.

Pada majlis itu, Mahdzir turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.05 juta kepada sekolah terbabit yang mana RM300,000 untuk kerja-kerja pendawaian, RM700,00 bagi pembelian bas dan RM50,000 untuk pengurusan.

Mahdzir kemudian membuat lawatan ke Kompleks International Baccalaureate Sultan Azlan Shah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di sini, dan mendengar taklimat mengenai pencapaian dan keperluan MCKK daripada pengetuanya Anand Baharuddin. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidJPN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

25/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan dakwaan membabitkan beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru adalah aduan ditularkan semula....

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

25/07/2024
1

Putrajaya: Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd