• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKDM Sabah Rampas Dadah Bernilai RM1.67 Juta

oleh Ahmad Albab
12/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas dadah jenis methamphetamine seberat 30.395 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM1.67 juta dan menahan dua suspek lelaki warganegara Malaysia di dua lokasi berasingan pada 8 April lepas.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Zulkifli Yahya berkata kedua-dua individu terbabit masing-masing ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan Lapangan Terbang Lahad Datu sekitar 11.46 pagi dan 4.30 petang pada hari yang sama.

Katanya suspek pertama berumur 26 tahun yang baru tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ditahan di KKIA, manakala suspek kedua berumur 27 tahun ditahan di Lapangan Terbang Lahad Datu selepas anggota kastam mengimbas bagasi kedua-dua suspek terbabit dan mendapati wujud imej mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bagasi suspek pertama, anggota kastam menemui 15 peket hablur jernih disimpan dalam peket teh berwarna kuning seberat kira-kira 15.168kg, manakala pada bagasi suspek kedua turut ditemui 15 peket hablur jernih disimpan dalam peket teh berwarna kuning seberat kira-kira 15.227kg.

“Disyaki kedua-dua suspek ini adalah daripada sindiket yang sama kerana kedua-duanya datang dari Kuala Lumpur dengan penerbangan yang sama. Seorang singgah di KKIA manakala seorang lagi meneruskan penerbangan ke Lahad Datu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah JKDM Sabah Datuk Hamzah Sundang.

Zulkifli berkata pihaknya masih menyiasat sama ada dadah terbabit untuk pasaran dalaman atau pasaran luar.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek telah datang ke Sabah dan Sarawak sebanyak 17 dan 11 kali sejak Julai tahun lepas, namun, tidak dapat dipastikan sama ada suspek menyeludup dadah ataupun tidak.

Beliau berkata kedua-dua suspek direman sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata, JKDM Sabah telah menumpaskan tiga cubaan menyeludup dadah jenis ganja melalui bungkusan pos, masing-masing dua kes di Pejabat Kastam Cawangan Bungkusan Pos, Kota Kinabalu pada 16 dan 22 Mac, manakala satu kes di Pejabat Pos Tawau pada 19 Mac, dengan berat keseluruhan rampasan kira-kira 7kg bernilai RM19,600.

“Hasil siasatan bagi ketiga-tiga kes ini mendapati nama dan nombor telefon tertera pada bungkusan adalah palsu dan tidak wujud,” katanya.

Sepanjang 2018, JKDM Sabah telah melakukan 11 kes rampasan melibatkan cubaan menyeludup dadah melalui lapangan terbang di seluruh negeri dan cawangan bungkusan pos dengan anggaran berat sebanyak 148.5kg bernilai RM7.9 juta. – BERNAMA

Tags: dadahKastam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Seni Arca Bola Sepak Piala Dunia Jadi Tarikan

Next Post

Pasukan Khas Buru Peniaga Naik Harga Sempena PRU

Related Posts

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

10/05/2025
0

Shah Alam: Remaja 16 tahun dan warga emas antara 169 individu ditahan menerusi Ops Tapis Khas Selangor di lokasi yang...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

Next Post

Pasukan Khas Buru Peniaga Naik Harga Sempena PRU

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd