• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Terbang Ke Mesir Sebelum Dihantar Ke Gaza

oleh Ahmad Albab
26/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Setelah beberapa hari tertangguh, jenazah pensyarah dan imam Palestin Allahyarham Dr. Fadi Mohammed Al Batsh akan dibawa pulang ke tanah airnya di Gaza hari ini.

Konvoi yang membawa jenazah Dr. Fadi tiba di Terminal Mas Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 3.10 petang diiringi dua motosikal trafik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan enam kereta termasuk kenderaan yang membawa Duta Besar Palestin ke Malaysia, Datuk Dr. Anwar H Al Agha.

Turut bersama-sama dalam konvoi itu ialah isteri Fadi iaitu Enas Al Batsh, 31, dan dua anak perempuan – Doaa, 6, dan Aseel, 4, serta seorang anak lelaki, Mohamad yang berusia setahun.

Difahamkan jenazah Allahyarham Fadi dan seluruh anggota keluarganya itu akan diterbangkan ke Kaherah, Mesir dengan pesawat Saudi Airlines pada 7 petang ini sebelum dibawa ke Gaza menggunakan jalan darat.

Terdahulu, kira-kira 2,000 jemaah menunaikan solat jenazah untuk Allahyarham Fadi di Surau Medan Idaman, di Setapak.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mendedahkan bahawa suspek yang membunuh Fadi dipercayai masih berada di Malaysia.

Beliau berkata pihaknya sukar mengesan individu terbabit kerana mereka dipercayai menggunakan identiti palsu sama ada semasa masuk dan berada dalam negara.

Fadi, 35, seorang pensyarah kejuruteraan elektrik, ditembak mati di luar kondominium Idaman Puteri di Setapak di sini semasa berjalan menuju ke Surau Medan Idaman untuk solat Subuh kira-kira 6 pagi pada Sabtu.

Dua lelaki bermotosikal dikatakan menunggu sebelum melepaskan 10 das tembakan ke arahnya. – BERNAMA

Tags: Dr. Fadi M R Albatsh Fatma
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penyokong Liverpool Kritikal Diserang Dengan Penukul

Next Post

Awas Renjatan Elektrik Pasang Bendera Parti

Related Posts

Kes Dr. Fadi: Polis Siasat Pemilik Kenderaan Sewa

27/04/2018
0

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan pemilik kenderaan sewa dipercayai digunakan suspek pembunuhan imam dan pensyarah...

Jenazah Dr Fadi Selamat Tiba Disemadikan Di Gaza

27/04/2018
0

KUALA LUMPUR — Jenazah Imam Palestin, Dr. Fadi Mohammed Al Batsh yang diterbangkan ke Kaherah, Mesir dari Lapangan Terbang Antarabangsa...

Next Post

Awas Renjatan Elektrik Pasang Bendera Parti

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd