• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Menang Tapi Tersingkir Saingan Piala AFC

oleh Ahmad Albab
25/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta’azim (JDT) gagal mara ke separuh akhir Zon ASEAN dalam saingan Piala AFC meskipun mencatat kemenangan 3-2 ke atas Song Lam Nghe An FC pada aksi terakhir Kumpulan H di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Skuad Harimau Selatan yang memerlukan kemenangan dengan jaringan besar ke atas kelab dari Vietnam itu untuk mara ke pusingan seterusnya, gagal berbuat demikian walaupun menguasai hampir keseluruhan perlawanan.

Gol pertama JDT diperoleh menerusi rembatan kencang Muhammad Syafiq Ahmad yang menerjah ke gawang pasukan lawan pada minit ke-36.

Jaringan itu jelas menaikkan semangat pemain JDT yang terus mengasak pintu gol lawan, dan hasilnya pasukan tuan rumah memperoleh gol kedua selang dua minit kemudian melalui Muhammad Syafiq untuk menewakan penjaga gol Song Lam Nghe An FC, Tran Van Tien.

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan pelawat kendalian Nguyen Duc Thang bingkas bangkit dan berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-40 menerusi PT Nhat.

Seminit sebelum separuh masa pertama permainan tamat, kelab Vietnam itu berjaya menyamakan kedudukan 2-2 melalui tandunkan kencang Ho Tuan Tai.

Bersambung babak kedua, JDT terus menguasai permainan dan berjaya memperoleh gol ketiga melalui sepakan penalti yang disempurnakan Safiq Rahim pada minit ke-66 selepas beliau dikasari pemain pertahanan pasukan lawan, Nguyen Si Nam.

Pasukan tuan rumah terus mengasak pintu gol kelab Song Lam Nghe An FC, namun kedudukan 3-2 itu kekal sehingga wisel penamat, sekali gus menafikan kemaraan JDT ke saingan separuh akhir Zon ASEAN pada kejohanan berkenaan. – BERNAMA

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengundi Dinasihat Jangan Ikut Emosi, Sentimen

Next Post

BN Terus Berjuang Martabat Golongan Wanita

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

17/04/2025
1

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio melahirkan rasa bangga dengan komitmen ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya mencatat kemenangan...

Next Post

BN Terus Berjuang Martabat Golongan Wanita

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd