• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis Pelbagaikan Produk Baharu Harumanis

oleh AK-47
12/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Jabatan Pertanian Perlis akan mempelbagaikan produk berasaskan harumanis, terutama daripada buah yang gugur sebelum tempoh matang, bagi mengurangkan kerugian di samping melonjakkan populariti varieti mangga itu yang menjadi ikon negeri ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Low Wei Han berkata ​harumanis, yang merupakan hak milik eksklusif kerajaan negeri, akan diolah untuk menghasilkan lebih banyak produk baharu dalam bentuk barangan makanan, keperluan harian dan kosmetik.

“Selepas ini kami akan lancarkan tambahan produk baharu bukan sahaja daripada buah yang masak, kita juga akan ambil buah yang gugur dan akan proses untuk hasilkan pelbagai produk,” katanya ketika ditemui Bernama di Kafe Harumanis di Pusat Kecemerlangan Harumanis Bukit Bintang (PKHBB) dekat sini, hari ini.

Katanya untuk tujuan itu, satu kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang akan dijalin bagi melakukan kajian untuk memanfaatkan buah yang gugur sebelum matang.

Beliau berkata produk-produk itu akan dihasilkan daripada tanaman harumanis yang diusahakan kerajaan negeri di PKHBB berkeluasan 24.37 hektar di Batu Pahat dekat sini.

Low berkata setakat ini orang ramai bukan sahaja boleh membeli buah harumanis terus daripada pusat itu malah berpeluang menikmati pelbagai menu berasaskan harumanis di kafe yang disediakan pihak ladang.

“Sekarang ini di kafe sudah terdapat menu yang berasaskan harumanis seperti pulut harumanis, aiskrim, dadih, dan kordial harumanis yang mendapat sambutan menggalakkan.

“Pihak kami juga akan turut bekerjasama dengan beberapa agensi pelancongan untuk mempromosikan harumanis kepada pelancong terutama dari luar negara seperti China.

“Konsepnya apabila pelancong datang ke sini mereka akan dapat menikmati pelbagai menu lain selain makan buah itu begitu sahaja,” katanya.

Beliau berkata inisiatif itu akan meningkatkan jumlah perbelanjaan pelancong di Perlis sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri. – BERNAMA

Tags: harumanis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Kebun Harumanis, Ini Pesanan Mufti Perlis

12/07/2019
0

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan pemilik kebun mempelam harumanis di negeri ini supaya tidak...

Harumanis Dicadang Menu Wajib Majlis Kerajaan

22/02/2019
0

KANGAR - Menteri Pertanian dan Industri Asas, Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, beliau akan mencadangkan kepada Kabinet agar mempelam harumanis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd