• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Penerangan Perlu Aktif Tangkis Fitnah, Tohmahan

oleh AK-47
23/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Jabatan Penerangan perlu lebih aktif memerangi segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap kerajaan di dalam laman sosial, kata Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Beliau berkata pihak jabatan penerangan berperanan untuk menangkis dan memberi penjelasan berserta fakta terhadap tuduhan yang diputar-belit dan fitnah oleh pihak tertentu itu.

“Kebanyakannya (tohmahan dan fitnah) adalah persepsi ataupun perkara-perkara yang tidak patut. Maka inilah tanggungjawab jabatan penerangan untuk menangkis dan membetulkan fakta-fakta yang diketengahkan.

“Di samping itu pastikan rakyat memahami maklumat sebenar hasrat kerajaan dan dasar-dasar kerajaan melalui program-program evokasi… selain secara bersemuka dan juga dalam media sosial,” katanya pada majlis Jalinan Kasih Rakan Strategik 2018 di Kompleks Mutiara, Bayan lepas di sini, hari ini.

Ibrahim berkata selain daripada program- program pendampingan di lapangan, jabatan juga melaksanakan pengumpulan serta maklum balas daripada rakyat dan kerajaan .

“Kami sentiasa kutip (kumpul) semua perkara berkenaan untuk dimaklumkan kepada kerajaan… malah kami juga telah melakukan transformasi dalam gerak kerja kami khususnya menyediakan kandungan dan menerokai bidang digital serta secara bersemuka,”katanya.

Berhubung majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu itu, Ibrahim berkata majlis itu bertujuan mengukuhkan ukhuwah sesama pesara dan bakal pesara jabatan itu serta pekerja sedia ada. – BERNAMA

Tags: Datuk Ibrahim Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU14: Japen Terima 183 Permohonan Wartawan Asing

19/04/2018
0

PEKAN - Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) telah menerima sebanyak 183 permohonan wartawan asing untuk mendapatkan kad media sementara bagi membuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd