Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

16 Pelajar Keracunan Makanan...

ALOR SETAR - Kes keracunan makanan yang melibatkan 16 murid prasekolah di Sekolah...

Babi Hutan Mengganas Di...

SINGAPURA - Kisah babi hutan bebas berkeliaran mencari makanan di republik ini bukan...

Pengisytiharan Darurat Tak Boleh...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, memutuskan bahawa keputusan Yang...

“Niat Saya Nak Bantu,...

SHAH ALAM - Sebarang pengesahan berhubung pengiraaan daya yang menyebabkan kecederaan pada anggota...

Isu Fathia Solat Dalam Kereta Jadi Perdebatan Ramai

PELAKON, Fathia Latiff sekali lagi mencuri perhatian apabila videonya sedang solat dalam kereta menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Difahamkan video berkenaan telah dirakam oleh rakannya secara kandid iaitu penggaya rambut, Ridzokumura sebelum dimuat naik menerusi laman sosial Instagram.

Menerusi kapsyen kemas kini itu, Ridzokumura memberitahu bahawa Fathia melakukan solat ketika mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selain waktu solat juga sudah hampir habis.

Sedar isu tersebut menjadi bualan ramai, Fathia tampil memberi penjelasan berhubung kejadian itu.

Fathia menjelaskan bahawa dia mendirikan solat di dalam kereta sewaktu sedang dalam perjalanan ke majlis pertunjukan fesyen PrimaValet di Hotel Majestic di ibu negara.

Malah, Fathia berkata dia tidak menyedari aksinya sedang solat itu dirakam oleh rakannya menerusi aplikasi Instagram.

“Saya kerjakan solat kerana Allah dan saya tidak tahu aksi saya dirakam,” kata Fathia ringkas dipetik sebuah portal online.


Dalam pada itu, Fathia berkata lagi, pandangan dan tohmahan negatif masyarakat berhubung isu itu sama sekali tidak menjejaskan dirinya memandangkan itu urusannya dengan Tuhan.

Sementara itu, sumber berkata, Fathia adalah antara artis paling awal yang hadir ke majlis itu walaupun pertunjukan fesyen hanya bermula pada sebelah malam.

Malah, sumber mendapati lokasi tersebut turut menyediakan ruangan solat yang lebih selesa untuk pelanggan Muslim mereka dapat menunaikan sembahyang fardu.

Sehingga kini, video berkenaan dilihat terus menjadi tular dan perdebatan hebat banyak pihak. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori