• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Penstrukturan Lewatkan Loji Rawatan Selangor

oleh Ahmad Albab
03/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu penstrukturan air serta pertukaran kerajaan negeri di Selangor menyebabkan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2) ditangguhkan beberapa kali, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri S. K. Devamany berkata kesukaran dalam mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan seperti permit pengeluaran hasil hutan atau batuan dan Kebenaran Merancang turut menyebabkan kelewatan penyiapan projek itu.

“Pada asalnya, projek LRAL2 yang bermula pada 2008 dijadualkan untuk siap sepenuhnya pada 2014. Bagaimanapun, disebabkan isu penstrukturan air serta pertukaran kerajaan negeri menyebabkan projek ini telah ditangguhkan beberapa kali, penangguhan ini menyebabkan kelulusan yang diperoleh sebelum ini perlu dikemukakan semula disebabkan penukaran polisi, syarat-syarat dan kepegawaian,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin mengenai status LRAL2 dan sebab ia masih tergendala.

Beliau berkata pelaksanaan LRAL2 terbahagi kepada tiga fasa iaitu Fasa Pertama yang dijangka siap tahun ini meliputi pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) yang akan membekalkan bekalan air sebanyak 565 juta liter sehari ke Kolam Air Hulu Langat.

Fasa Kedua pula dijangka siap pada tahun 2020 meliputi komponen-komponen penyaluran bekalan air ke bahagian utara dan barat Lembah Klang dan Fasa Ketiga dijangka siap pada tahun 2022 meliputi kemudahan rawatan enap cemar.

Katanya sehingga 25 Mac lepas, prestasi sebenar LRAL2 adalah sebanyak 69.53 peratus berbanding jadual iaitu 76.54 peratus.

Menjawab soalan tambahan Megat Zulkarnain, Devamany berkata kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu mencontohi Kelantan dalam menyelesaikan krisis bekalan air yang dihadapi rakyat di negeri berkenaan.

Beliau berkata keengganan kerajaan Selangor untuk bekerjasama dengan kerajaan persekutuan menyebabkan krisis bekalan air di negeri itu berlarutan sehingga kini dan rakyatnya menanggung kesengsaraan.

“Tengok kerajaan Kelantan, duduk selesaikan masalah ketirisan air di Kelantan. Kita dapat menyelesaikannya dan kerajaan Kelantan rela bekerjasama. Kita telah mengambil alih dan membantu selesaikan masalah ini,” jelasnya.

Katanya, perjanjian penstrukturan semula industri bekalan air Kelantan telah ditandatangani pada 2016 dengan nilai penstrukturan semula berjumlah RM640 juta, tidak termasuk projek-projek bekalan air yang masih berjalan. – BERNAMA

Tags: air selangorKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd