• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Nasional Diyakini Tak Jejas Sokongan Pengundi

oleh Ahmad Albab
14/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Isu-isu nasional diyakini tidak akan mempengaruhi pengundi di kawasan Parlimen Santubong pada pilihan raya umum ke-14 nanti, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pengundi di kawasan tersebut boleh menilai pembaharuan serta pembangunan yang telah dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama.

Katanya melihat kepada perkara tersebut, pembangkang yang ingin bertanding di kawasan itu dinasihatkan agar tidak membuat fitnah serta membawa cerita bohong dalam usaha untuk menarik sokongan pengundi.

“Di Santubong tiada perkara boleh dibangkitkan yang boleh gugat sokongan rakyat kepada BN. Selama ini pun kerajaan persekutuan dan negeri telah membawa banyak pembangunan kepada penduduk jika terus dipilih lebih banyak lagi kemajuan yang akan dibawa,” katanya.

Wan Junaidi yang juga penyandang kerusi Parlimen Santubong sejak 2004 berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Jualan Sentuhan Rakyat di perkarangan Sekolah Kebangsaan Santubong, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan persekutuan dan negeri akan membina lapan buah jambatan di sepanjang laluan Lundu-Sampadi-Rambungan yang berada dalam kawasan Parlimen itu.

Beliau berkata pembinaan tersebut merangkumi sebuah jambatan baharu iaitu Jambatan Rambungan, manakala tujuh lagi ialah jambatan konkrit yang akan menggantikan jambatan struktur besi sedia ada.

“Jambatan yang siap nanti akan melengkapkan jalan pesisir Sarawak seterusnya memacu pembangunan kampung-kampung di sepanjang laluan itu seperti Kampung Telaga Air, Kampung Sungai Limo dan Kampung Sampadi.

“Produk pertanian penduduk dari kawasan sekitar akan lebih mudah untuk dibawa ke Kuching, begitu juga kawasan tarikan pelancong di Lundu akan lebih mudah untuk dilawati,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

13/09/2022
0

PUTRAJAYA - Rang undang-undang (RUU) pindaan akta hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dijangka dibaca kali pertama pada 4 Oktober...

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

26/08/2022
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd