• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Istilah Kekecewaan Tak Wujud Dalam Pemuda BN

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Istilah kekecewaan tidak wujud dalam pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Pengerusi Pemuda BN Khairul Azwan Harun.

“Kita (pemuda BN) sentiasa mendokong aspirasi untuk mempertahankan wadah BN dan yakin akan kemenangan parti,” katanya sebagai mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar tidak kecewa sekiranya tidak terpilih sebagai calon bagi pilihan rayau mum ke-14 (PRU14).

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian Ekspo Pemuda 2018 edisi ke-38 yang dilancarkan Ahmad Zahid, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini, Khairul Azwan memohon pucuk pimpinan untuk mempertimbangkan keperluan mengetengahkan lebih ramai calon pimpinan pemuda dan puteri sama ada di peringkat Parlimen atau negeri.

“Itu aspirasi kami. Jadi selagi mana belum diumum dan disahkan calon bermakna Khairy Jamaluddin, (Menteri Belia dan Sukan dan juga Pengerusi Pemuda BN) dan saya akan berusaha untuk mempromosi calon Pemuda yang kita fikir sesuai dan boleh diketengahkan,” katanya.

Mengenai dakwaan Ekspo Pemuda adalah gimik politik BN bagi menarik undi, Khairul Azwan berkata pihak berkenaan hanya pandai melontarkan tomahan tanpa mengetahui program itu dianjurkan sejak 2011, yang ketika itu dikenali “Karnival Kerjaya Pemuda BN” dan dijenamakan sebagai “Ekspo Pemuda” pada 2013.

Khairul Azwan berkata ekspo kerjaya itu turut membuktikan bahawa BN tidak menunggu selepas PRU14 kerana ia telah menyediakan dan memadankan pelbagai peluang kerjaya kepada golongan muda dengan industri.

“Baru minggu lepas kita lancarkan manifesto khusus orang muda dipanggil Jaminan Orang Muda (JOM). Dalam manifesto itu kita memberi akujanji dan pelbagai jaminan pilihan raya dan program yang akan dibuat tetapi kita tidak tunggu pun,” katanya dan menegaskan JOM sangat realistik untuk memenuhi aspirasi orang muda.

Khairul Azwan berkata ekspo kerjaya ke-39 akan diadakan di Bagan Datuk pada 21 April, yang bakal menawarkan lebih 10,000 peluang kerjaya kepada anak muda.

Pada majlis itu, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dan Kementerian Belia dan Sukan bertukar-tukar dokumen yang memberi peluang latihan kemahiran kepada 1.5 juta anggota Pesaka menerusi Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ekspo Pemuda 2018 yang menawarkan lebih 50,000 peluang pekerjaan oleh 200 pempamer itu memfokuskan empat perkara iaitu kerjaya, rumah mampu milik, latihan kemahiran dan dana keusahawanan.

Ia menyasarkan penglibatan ahli akademik, pembeli hartanah, graduan, pelabur, pekerja profesional, penyedia perkhidmatan dan pelajar yang mencari tempat latihan industri. – BERNAMA

Tags: Khairul Azwan Harun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bot Nelayan Vietnam Ditahan Ceroboh Perairan Kemaman

Next Post

Polis Akan Panggil Penganjur Himpunan Haram Di Sogo

Related Posts

Tidak Rasmi: Azwan Bro Menang Ketua UMNO Pasir Salak

Tidak Rasmi: Azwan Bro Menang Ketua UMNO Pasir Salak

18/03/2023
0

PASIR SALAK: Khairul Azwan Harun menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak dalam pemilihan parti itu yang diadakan di Dewan...

Bekas Senator Dikait Klip Audio Gesa Latheefa Letak Jawatan

11/01/2020
0

PETALING JAYA - Bekas senator Khairul Azwan Harun yang dikaitkan dalam pendedahan rakaman audio Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendesak...

Next Post

Polis Akan Panggil Penganjur Himpunan Haram Di Sogo

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd