• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ISIS Guna Drone Serang Piala Dunia Di Rusia?

oleh Ahmad Albab
02/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN militan ISIS dilaporkan merancang untuk menyerang pemain dan penonton perlawanan bola sepak Piala Dunia di Rusia dengan menggunakan bom yang diikat pada drone.

Ia didedahkan menerusi gambar dan video yang dimuatnaik menerusi aplikasi telegram, di mana kumpulan itu menerangkan dengan mendalam bagaimana serangan akan dilancarkan.

Antara gambar yang diperolehi menunjukkan bagaimana sebuah drone membawa roket dan bagaimana anggotanya dari Syria dan Iraq dipanggil balik ke Rusia untuk sama-sama terlibat dalam serangan terbabit.

Kumpulan pengganas itu dikatakan sedang menyiapkan pelan terbabit menjelang perlawanan Piala Duna yang dijadualkan pada bulan Jun ini.

Dalam pada itu, pakar sekuriti siber, Elad Ezrachi, meminta pihak berkuasa melihat ancaman tersebut sebagai sesuatu yang serius.

“Tidak dapat dinafikan jika teknologi ini digunakan oleh ISIS dalam melancarkan serangan di Piala Dunia, ia boleh menyebabkan kematian,” katanya.

Drone yang bakal digunakan ISIS itu dikatakan kebiasaannya digunakan oleh pengarah filem. Selain drone, ISIS juga akan menggunakan kapal terbang serta alatan khas untuk membawa bom.

ISIS sebelum ini berulang kali memberikan amaran untuk menyerang Piala Dunia di Rusia dan ia juga dikatakan menjadi medan untuk membalas dendam terhadap serangan Vladimir Putin di Syria.

Malah pihak risikan Jerman turut menyifatkan risiko tinggi serangan pengganas akan berlaku ketika penganjuran Piala Dunia itu apatah lagi militan dari Rusia telah dipanggil pulang dari luar. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ISISPiala Dunia 2018
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek LCS Perlu Diteruskan, Projek Penting Untuk Malaysia – ISIS

01/03/2022
0

KUALA LUMPUR : Projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) perlu diteruskan kerana produk itu sendiri penting kepada Malaysia. Ketua...

Singapura Hantar Pulang Rakyat Malaysia Terpengaruh ISIS

09/02/2021
0

SINGAPURA - Seorang rakyat Malaysia berumur 33 tahun dihantar pulang ke negara asalnya pada Ogos 2020 selepas siasatan menunjukkan bahawa lelaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd