• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Permudah Pemeriksaan Di ICQS Melaka

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Imigresen akan memudahkan prosedur pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka, namun pada masa sama menegaskan tidak akan berkompromi terhadap faktor melibatkan keselamatan negara.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata inisiatif itu diambil bagi melancarkan urusan jabatan berkenaan berikutan peningkatan jumlah penumpang keluar masuk melalui pelabuhan jeti Banda Hilir di sini, yang melalui pemeriksaan di kompleks tersebut.

Beliau berkata Jabatan Imigresen Melaka merekodkan 101,535 pergerakan keluar masuk penumpang kapal persiaran dan 141,601 penumpang feri melalui Kompleks ICQS Melaka pada tahun lepas.

“Penambahbaikan akan dilaksanakan secara berterusan dengan semua kaunter pemeriksaan Imigresen dibuka agar dapat memberi lebih ruang kepada bot atau feri besar membawa penumpang untuk masuk atau pun keluar melalui jeti tersebut.

“Kerajaan Pusat mencetuskan idea bernas apabila membina ICQS di negeri ini yang mana berfungsi sebagai lokasi pelabuhan bot-bot serta feri membawa pelancong sekali gus meningkatkan jumlah kehadiran pengunjung ke Melaka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kompleks ICQS Melaka menguruskan keluar masuk penumpang dari Indonesia terutamanya dari Dumai dan Bengkalis. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustafar Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustafar Ali Dilantik Ketuai NFCC

01/01/2019
0

PUTRAJAYA - Datuk Seri Mustafar Ali, yang bersara sebagai Ketua Pengarah Imigresen hari ini, akan mengetuai Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan...

JIM Mahu Majikan Gaji PATI Terima Hukuman Berat

28/12/2018
0

KOTA KINABALU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berharap pihak Mahkamah dapat menjatuhkan hukuman lebih berat termasuk hukuman sebat ke atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd