• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iklan Sindir Lofa Isu Zouk, Marketing Murahan Atau…

oleh
16/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA rakyat Malaysia masih lagi belum boleh ‘move on‘ dengan isu pelancaran koleksi hijab BeLofa oleh pelakon Neelofa di sebuah kelab malam terkenal ibu kota pada Februari lalu.

“Dear Lofa, sesungguhnya ZOO lagi mulia dari ZOUK. Dakwah ikhlas dari, JenamaSendiri.com”, itulah kata-kata tazkirah berbaur sindiran yang ditulis pada sebuah billboard di ibu kota.

Menurut portal Hangat.com, terdapat satu lagi mesej pada papan iklan besar di tepi Lebuhraya Persekutuan KL dekat ibu negara telah dipasangkan dengan billboard berunsur sinis di situ.

Tindakan syarikat berkenaan membuat iklan seperti itu mungkin bagaikan tindakan sengaja untuk mengaibkan nama baik usahawan muda tersebut.

Grafik pada papan tanda berkenaan menunjukkan rekaan sampul surat berwarna kuning yang seolah-olah surat berkenaan mahu dihantarkan kepada pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada siapa yang tahu tujuan utama syarikat berkenaan membuat iklan seperti itu.

Adakah mereka sengaja mahu mencari publisiti murahan supaya perniagaan mereka juga mendapat perhatian ramai?

Dalam masa sama, terdapat sekeping foto yang dikirimkan daripada seorang netizen dan dia turut meninggalkan persoalan adakah kedua-dua pihak ada melakukan sebarang persetujuan untuk menyiarkan iklan begitu?

Hasil carian kami di internet, laman rasmi syarikat berkenaan tidak lagi kelihatan yang mana ia seakan-akan sudah tidak aktif lagi, berkemungkinan besar akibat ramai netizen membuat laporan mengenai iklan berkenaan.

Setakat ini, masih belum lagi ada penjelasan rasmi daripada pihak Neelofa ataupun syarikat tersebut sendiri.

Barang kali juga sekarang ni bagaikan musim bagi sesetengah pihak mengambil jalan mudah dengan cara mempergunakan orang lain demi kesenangan mereka sendiri. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: BELOFANAELOFARHIJABNeelofaNetizenZOUK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kuartet Negara Perbaharui Rekod Tahunan Terbaik

Next Post

AC Mizal Bengang Dengan AirAsia Bahana Bagasi Rosak

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

AC Mizal Bengang Dengan AirAsia Bahana Bagasi Rosak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd