• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu KSN Meninggal Akibat Sakit Tua Semalam

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Ibu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Allahyarhamah Mariamah Ali, 83, yang meninggal dunia akibat sakit tua semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Kampung Melayu, dekat sini pagi tadi.

Allahyarhamah dimandi dan disolatkan di Surau Taman Emas di hadapan kira-kira 50 anggota keluarga terdekat serta sahabat handai.

Majlis talkin dan doa disempurnakan Imam Masjid Haji Manan iaitu Imam Mohamad Amin Hussein.

Ali berkata ibunya pernah mengalami angin ahmar kira-kira 20 tahun lepas sehingga koma, namun selepas itu keadaannya hampir pulih.

“Dia tiada apa-apa sakit sampingan tetapi dua tiga hari ini lemah sedikit, tidak selalu boleh duduk dan makan sendiri…sampailah semalam, langsung tidak dapat berbuat apa-apa, cuma minta air. Sempat adik saya bagi air zam zam sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pada 5.30 petang,” katanya yang ditemui selepas pengebumian itu.

Beliau yang juga anak kedua daripada lapan beradik bergegas pulang ke Johor selepas menerima berita mengenai keadaan ibunya.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anaknya di kediaman anaknya di Jalan Sahabat 5, Taman Emas di sini. – BERNAMA

Tags: Ali HamsaIbu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JAIS Sahkan Aliff Daniel, Ibu Telah Ditangkap

JAIS Sahkan Aliff Daniel, Ibu Telah Ditangkap

13/10/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan individu dikenali sebagai Aliff Daniel bersama ibunya ditangkap di Kuala Lumpur...

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd