• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Siap Akhir Tahun

oleh Ahmad Albab
18/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hospital Wanita dan Kanak-Kanak yang baharu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangka siap akhir tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata hospital yang mula dibina pada 2013 melibatkan kos kira-kira RM848 juta itu merupakan projek pembangunan yang sedang dijalankan bagi menaik taraf HKL.

“Hospital Wanita dan Kanak-Kanak yang baharu ini adalah bukti komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) menjaga kesejahteraan rakyat dengan memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada golongan ibu dan kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra ke Wad Bersalin HKL dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, HKL yang baharu hari ini.

Perdana Menteri telah meluangkan masa selama satu jam melawat pesakit di Wad Bersalin dan melihat kemudahan yang disediakan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak yang baharu tersebut.

Turut mengiringi perdana menteri dalam lawatan itu ialah Pengarah Hospital Kuala Lumpur Datin Dr Nor Akma Yusof.

Najib berkata bayaran untuk bersalin di HKL cuma RM10 sahaja, satu yang caj yang minimum berbanding caj dikenakan di negara-negara lain.

“Alhamdulillah, hari ini saya dapat melawat wad bersalin HKL di mana saya dapat menyaksikan bagaimana wad bersalin ini telah memberi perkhidmatan yang cemerlang sejak ia ditubuhkan pada 1963. Bagi wad kelas ketiga ini bayarannya sangat minimum (murah),” katanya.

Beliau berkata tujuan lawatannya adalah untuk memberi penegasan bahawa kerajaan BN mengambil berat mengenai perkhidmatan kesihatan kepada rakyat khususnya golongan wanita dan kanak-kanak dan ia terkandung dalam manifesto BN untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Antara teras utama dalam manifesto PRU ke-14 melibatkan kaum ibu dan kanak-kanak ialah ADAM50 atau Amanah Dana Anak Malaysia 2050 iaitu skim yang diperkenalkan kerajaan ketika pembentangan Bajet 2018.

“Setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Jan 2018 sehingga 31 Dis 2022 akan dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit amanah saham di bawah skim tersebut,” katanya.

Teras kedua pula di bawah penjagaan kanak-kanak universal ialah memberikan insentif kepada syarikat yang menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak dan fasiliti untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi serta melaksanakan polisi Penjagaan Awal Kanak- Kanak Universal (Universal Child Care) dengan memformulasikan kurikulum, program inklusif, pemakanan bernutrisi dan melatih tenaga pengasuh profesional.

Teras ketiga pula ialah mengutamakan peranan kaum ibu dan wanita menggalakkan sektor swasta membenarkan ibu-ibu mengandung pulang sejam lebih awal dan memperluaskan insentif cukai kepada 24 bulan bagi wanita yang kembali semula ke pasaran pekerjaan.

Najib berkata banyak lagi inisiatif diberikan kepada golongan wanita antaranya menggalakkan sektor swasta mengamalkan dasar Keseimbangan Kehidupan dan Pekerjaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakhospital
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd