• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ho Ying/Karen Lyn Hadirkan Pingat Pertama Ping Pong

oleh AK-47
14/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOLD COAST — Skuad ping pong wanita negara melakarkan pencapaian di luar dugaan apabila gandingan Ho Ying dan Karen Lyne Dick berjaya meraih pingat gangsa dalam acara beregu pada temasya Sukan Komanwel 2018, di sini hari ini.

Beregu muda negara itu memperagakan aksi cemerlang untuk menewaskan beregu India, Sutirtha Mukherjee dan Pooja Sahasrabudhe 15-13, 11-7, 8-11, 11-7, pada perlawanan penentuan pingat gangsa di Oxenford Studios di sini.

Ini adalah pencapaian pertama beregu wanita merangkul pingat dalam acara ping pong pada temasya sukan itu selepas pingat perak berpasukan wanita di Glasgow pada 2014 dan gangsa dalam acara sama pada edisi 2010 di New Delhi.

Ketua jurulatih negara, Beh Lee Wei, yang bangga dengan pencapaian di luar dugaan itu, berkata ini membuktikan bahawa beregu itu berada pada prestasi terbaik di sini.

“Malaysia tidak pernah menang sebarang pingat dalam acara beregu. Kita semua memang terkejut selepas skuad negara tidak meletakkan sebarang sasaran pingat dalam edisi kali ini.

“Sebaliknya, matlamat realistik bagi skuad negara ialah mara ke peringkat suku akhir kerana kami menurunkan barisan pemain muda,” katanya.

Beliau berkata pencapaian pingat gangsa itu membuktikan skuad negara mempunyai pemain pelapis berpotensi bagi menggalas cabaran negara pada masa depan. – BERNAMA

Tags: Ho Ying/Karen Lyn
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd