• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hitung Detik Bahagia, Rody Kristal Nikah 27 April Ini

oleh
19/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANDA tanya status hubungan gitaris kumpulan rock Kristal, Rody dan tunangnya, penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Nur Izwani Azman terjawab apabila pasangan ini menetapkan 27 April depan sebagai majlis pernikahan mereka.

Dipetik daripada laporan Sinar Online, Rody memberitahu majlis resepsi pula akan diadakan pada keesokan harinya di Kulai, Johor.

“Untuk majlis resepsi pihak saya, insya-ALLAH akan diadakan juga tapi lambat lagi. Yang penting, kami dahulukan nikah dan selesaikan majlis di sebelah pihak perempuan. Yang lain-lain kemudian pun tak apa,” kata Rody.

Dalam pada itu, Rody mengakui perasaannya bercampur-baur selain turut diburu perasaan berdebar menanti hari bahagia.

“Gementar tapi happy (ketawa),” ujarnya ringkas.

Saat ditanya mengenai bakal isteri, Rody memberitahu sikap wanita itu yang pandai mengambil dan menjaga hati dia serta keluarga membuatkan hatinya terpikat sekaligus merasakan ada keserasian antara mereka.

“Niena juga seorang yang happy go lucky dan mudah mesra dengan keluarga,” tambah Rody.

Rody dan Niena saling berkenalan selama enam bulan sebelum lamaran dibuat. Apa yang paling menarik perhatian mengenai pasangan ini adalah Rody melamar Niena menerusi laman sosial Instagram miliknya pada September dan memilih untuk bertunang pada 4 November tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Niena AzmanRody Kristal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Penat Perah Idea, Kena Cetak Rompak… Macam Tu Pakai Barang Palsu”

03/08/2018
0

GITARIS kumpulan Kristal iaitu Rody tidak menyokong penggunaan barang tiruan untuk tampil bergaya terutama bagi golongan selebriti yang mempunyai karya...

Rody Kristal, Niena Azman Sah Bergelar Suami Isteri

29/04/2018
0

SEKALUNG tahniah diucapkan buat gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody kerana telah selamat diijab kabul bersama pengaja gol futsal kebangsaan, Nur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd