• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hindari Berita Palsu Dalam Kritik Kerajaan

oleh AK-47
11/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan terbuka untuk menerima kritikan namun ia tidak harus menjurus kepada penyebaran berita tidak benar mengenai kerajaan.

Perdana menteri berkata sikap keterbukaan kerajaan terhadap kritikan adalah penting dalam membangunkan sebuah demokrasi yang matang.

“Kita nak bangunkan sebuah demokrasi yang matang. Kita boleh kritik kerajaan tapi jangan sebar berita yang tidak benar (mengenai kerajaan),” katanya.

Merujuk kepada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, perdana menteri menegaskan pertandingan PRU14 harus dilakukan secara matang.

“Bertanding sebagai ‘anak jantan’. Jangan bertanding secara tidak adil,” katanya ketika melancarkan sambutan julung kali Hari Wartawan Nasional 2017/2018 di sini, hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa pada pilihan raya umum lepas, Barisan Nasional menjadi mangsa berita palsu misalnya tentang kehadiran 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh dan insiden ‘black out’ semasa pengiraan undi.

“Jika perkara itu benar, ia memerlukan bilangan pesawat jumbo 747 yang banyak untuk membawa mereka ke Malaysia.

“Walaupun tiada sesiapapun yang menyaksikan perkara itu berlaku, namun ramai yang telah memilih untuk mempercayai berita tersebut, termasuk mereka yang kononnya golongan urban intelek”, kata Najib.

Beliau menjangkakan penyebaran berita palsu akan terus berlaku pada pilihan raya umum kali ini.

“Mudah-mudahan tak berlaku perkara seperti ini pada PRU14 tetapi saya tidak begitu optimis. Mesti ada cerita.

“Apatah lagi dalam sehari dua lagi kita akan berada dalam ‘silly season’. Jadi bila ‘silly season’ banyaklah cerita yang tak berasas, kadang-kadang cerita yang tak masuk akal tapi bila disebar ia ditelan bulat-bulat,” katanya.

Mengulas lanjut, Najib berkata sistem pilihan raya di negara ini adalah sudah terbukti kesahihannya dan tidak mungkin penipuan boleh dilakukan.

Menurut beliau, ini kerana pembangkang juga menempatkan wakil masing-masing di setiap pusat mengundi bagi memantau proses tersebut dan memastikan tiada individu yang tidak berhak mengundi dibenarkan berbuat demikian.

Beliau turut berharap pengamal media di negara ini memainkan peranan dalam mencari kebenaran dan menyebarkan berita yang benar. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Najib Runtuhkan ‘Halangan’ Bangunkan Kelantan

Next Post

Saudi Aramco Raih 50% Projek US$44 Bilion India

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Saudi Aramco Raih 50% Projek US$44 Bilion India

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd