Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

Polis Belum Terima Permohonan...

KUALA LUMPUR - Polis belum menerima permohonan penganjuran Debat Perdana antara bekas Perdana...

Mat Saleh Tertawan Dengan...

SEKALIPUN tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat untuk kontinjen negara dalam kejohanan Sukan...

SJKT Subramaniya Barathee Beroperasi...

GEORGETOWN - Projek pembinaan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Subramaniya Barathee...

Rafizi Gesa Adam Rosly...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini menggesa Ketua Pemuda...

RUU Antiberita Tak Benar Untuk Sekat Fitnah

KUALA LUMPUR – Insiden melibatkan 3,954 pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) menutup akaun mereka dan 3,105 dari mereka hilang kelayakan termasuk hilang tahun giliran menunaikan haji merupakan satu pengajaran penting tentang keperluan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018.

Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) berkata hal ini kerana tohmahan terhadap TH yang disebarkan melalui media sosial telah menimbulkan kepanikan dan hilang kepercayaan rakyat ke atas lembaga itu.

“Adakah bukti ini masih tidak cukup untuk menggambarkan keperluan kepada rang undang-undang ini?,” katanya ketika membahaskan RUU Antiberita Tidak Benar 2018 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Katanya, ekoran artikel tohmahan yang dikeluarkan pada 9 Februari 2016 itu, aktiviti pengeluaran harian TH pada 10 Februari 2016, sehari selepas artikel itu disiarkan dilaporkan berjumlah RM41 juta, diikuti RM49.8 juta pada 11 Februari dan RM27.9 juta pada 12 Februari, berbanding hanya RM8 juta pada 9 Februari, katanya.

Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasik Gelugor) yang mencelah berkata RUU Antiberita Tidak Benar itu bukan hanya berkisar tentang soal politik malah skopnya lebih meluas.

“Dalam sektor ekonomi juga terdapat berita-berita tidak benar yang menyebabkan keruntuhan ekonomi. Dalam industri pengeluaran, perkhidmatan, hiburan, agama dan keselamatan juga ada masalah mengenai penyebaran berita yang tidak betul,” katanya.

Beliau berkata RUU ini apabila menjadi akta akan melindungi pihak-pihak berkenaan yang berdepan masalah tersebut, maka RUU ini perlulah disokong untuk menjaga kemaslahatan, katanya.


Dalam pada itu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) berkata dakwaan atau kenyataan tanpa sebarang bukti boleh memberi kesan yang amat besar terhadap individu dan masyarakat.

“Pada hari ini apabila kita sering katakan kalau tak betul saman lah. Sedangkan pada asasnya yang mendakwa kena membawa bukti dakwaan mereka tanpa sesuka hati membuat tuduhan atau pembohongan,” katanya.

Beliau turut memberikan contoh fitnah yang mengatakan parti PAS menerima duit daripada UMNO sebagai usaha menarik kepimpinan parti itu untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

“Malah, saya sendiri dikatakan membeli kereta dengan duit UMNO, sedangkan saya bukan hanya punyai sumber kewangan sebagai Anggota Parlimen sahaja, malah saya juga seorang ahli perniagaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori