Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Sazzy Falak Bantu Projek...

PELAKON dan pereka fesyen, Sazzy Falak atau nama sebenarnya Sazlini Shamsul Falak, 35, memberitahu...

Sambal Tumis Udang Dengan...

Bahan bahan:10 ekor udang kuning 1 biji bawang besar 3 ulas bawang merah 4 ulas bawang...

Rohingya Dan Palestin Terima...

RAHUL Mohamad Ali, 3 tahun, antara anak Rohingya yang tidak pernah melihat tanahairnya. Sejak...

Gambar Akhir Dirakamkan Hilda...

SEKEPING gambar yang memaparkan bom mortar meletup yang dirakamkan oleh jurugambar tentera, Hilda...

Haziq Putera Band Trauma, Serik Tunggang Motosikal

KEMALANGAN motosikal ngeri yang menimpa vokalis kumpulan Putera Band, Muhammad Haziq Putera menyebabkan dia kini trauma dan serik menunggang motosikal.

Perkara itu disampaikan ibunya, Norhaslinda Ishak yang juga dikenali dengan nama Linda Eva yang berkata bahawa kemalangan tersebut telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada anaknya itu.

Jelas Linda, biarpun kemalangan ngeri yang melanda Haziq pada 28 Februari lalu itu adalah perkara yang serius, dia menganggap perkara yang belaku itu tetap mempunyai hikmah disebaliknya.

Baca: Vokalis Putera Band, Haziq Terlibat Kemalangan

Ibu Haziq, Linda Eva.

“Kini, rasanya Haziq trauma dan serik untuk menunggang motosikal.

“Sebagai ibu, selain bersyukur anak saya selamat dan kini semakin pulih, jauh di sudut hati gembira kerana Haziq sudah serik.

“Tapi, tak tahulah perasaan serik dia (Haziq) sampai bila. Namun, setidak-tidaknya sekarang kalau hendak ke mana saja dia akan pergi bersama saya atau rakan yang lain,” katanya memetik HMetro Online.

Ujar Linda kemalangan itu juga memberikan impak kepadanya memandangkan Haziq merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarganya dan mempunyai tiga orang adik perempuan di bawahnya.

Linda, yang juga seorang penyanyi dan merupakan anggota kumpulan dangdut Eva berkata, Haziq mempunyai tanggungjawab yang besar di hadapannya sebagai anak sulung.

“Haziq adalah harapan saya karana dia anak sulung dan tunggal lelaki. Jadi, sebagai abang dia (Haziq) ada tanggungjawab besar kepada adik-adiknya.

“Saya tidak dapat bayangkan jika berlaku lagi perkara tidak diingini kepadanya. Kini, saya hanya mampu berdoa supaya anak-anak saya dilindungi Allah SWT pada setiap masa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Linda turut mendedahkan bahawa dia bersama keluarganya mengadakan sambutan ulang tahun istimewa buat Haziq pada 20 April yang lalu.


Majlis yang bertemakan hitam dan putih itu diadakan di sebuah restoran di ibu negara dan dirancang sendiri oleh Linda sebagai kejutan buat anak sulungnya itu.

Jelas Linda, majlis tersebut diadakan bagi menggembirakan Haziq dan diharap mampu memberi semangat baru kepada Haziq sekaligus melupakan perkara yang sudah terjadi itu.

Kemalangan yang berlaku pada hujung Februari lalu itu adalah berpunca daripada sebuah lori yang diparkir di bahu jalan tidak disedari Haziq yang menyebabkan motosikal ditunggangnya merempuh bahagian belakang lori berkenaan.

Akibat dari kemalangan tersebut, Haziq mengalami kecederaan di bahagian paru-paru, patah tulang rusuk serta tulang tengkuknya retak.

Kini, Haziq yang sudah semakin pulih telah kembali aktif bersama Putera Band yang popular dengan lagi Rebahku Tanpamu dan Tersiksa dan sudah mula membuat persembahan selepas kemalangannya itu.

Selain Haziq, Putera Band turut dianggotai Mohamad Alift Abu Hasan Asa’Ari (dram), Muhammad Aidid Farhan Suhami (bass) dan Mohammad Fitri Abu Hasan Asa’ri (gitar utama). – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori