• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hati-Hati ‘Demokrasi Ala Penjajah’ DAP – MB Johor

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Masyarakat terutama rakyat Johor dinasihat agar berhati-hati dengan taktik ‘Demokrasi Ala Penjajah’ yang dilakukan oleh DAP dalam meraih sokongan dan undi menjelang piilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika memberikan ingatan itu berkata taktik yang digunakan itu menonjolkan ciri antaranya kononnya mereka tidak berminat menjadi pemimpin teratas atau pemimpin nombor satu.

“Kalau kita lihat cara British datang dahulu, mereka datang dan katakan yang mereka tidak mahu pun menjadi pemimpin kita, dan hanya mahu menjadi penasihat. Tetapi, hakikatnya penasihat British di negara kita pada masa tersebut sangat berkuasa dan menentukan segala urusan kita termasuklah urusan orang Melayu dan agama Islam.

“Dan inilah yang dilakukan oleh pengamal D.A.P (Demokrasi Ala Penjajah) hari ini. Mereka kata mereka tidak berminat merampas kuasa politik orang Melayu tetapi setiap hari, fokus mereka adalah untuk memastikan kerusi yang dipegang oleh orang Melayu dirampas dan sanggup melakukan semua ini, biarpun identiti mereka, logo mereka, nama mereka, terpaksa ditukar dan digadaikan. Pada mereka, itu tidak apa… yang penting, mereka menang dan berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Dialisis Perbadanan Islam Johor dan Pelancaran Skim Pinjaman Usahawan Tabung Wakaf Rakyat Johor, di sini, hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, ciri-ciri lain dalam taktik itu termasuk menyaksikan DAP kononnya hadir sebagai penyelamat, menampakkan dengan jelas amalan mereka membahagi-bahagikan tanah dan kawasan kepada semua kroni atau sekutu mereka sesuka hati dan kemudiannya lari bertanding ke kawasan lain selepas membuat onar.

“Bukankah itu semua cara penjajah British datang ke Tanah Melayu dahulu? Sekarang lihatlah cara DAP berkempen, mereka akan kata (pentadbiran) negeri semuanya teruk dan mereka datang sebagai penyelamat. Sekarang memang DAP kata kerusi mereka bertanding tidak banyak tetapi kita perlu tahu DAP adalah majoriti dalam minoriti,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, rakyat harus membuat penilaian teliti agar tidak terperangkap dengan taktik itu.

”Saya sangat berharap kita tidak akan menjadi mangsa pengamal Demokrasi Ala Penjajah atau D.A.P ini. Dan saya harap, rakyat tidak akan membiarkan mana-mana kawasan di dalam negeri kita menjadi kawasan tempat ahli politik buangan yang datang mencuba nasib,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled yakin Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan majoriti dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini selain merampas semula beberapa kerusi daripada pembangkang.

“Kita yakin kita akan dapat mengekalkan majoriti dua pertiga seperti dahulu dan untuk kerusi Parlimen akan ada beberapa kerusi yang kita akan dapat balik. Maknanya, daripada 20 kerusi yang ada (BN ada), kita akan dapat tawan semula satu atau dua,” katanya. – BERNAMA

Tags: DAPDatuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd