• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasilkan Inovasi Pengurusan Sumber Air Atasi Iklim

oleh AK-47
23/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) diminta bekerjasama menghasilkan inovasi pengurusan sumber air secara lestari bagi menjamin sektor pertanian tidak terjejas akibat perubahan iklim global yang tidak menentu.

Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata perubahan iklim turut mempengaruhi taburan hujan selain menjejaskan sumber air.

“Bagi mengimbangi sumber bekalan air yang terhad, perancangan jangka panjang adalah perlu dan ini boleh dilakukan dengan adanya teknologi atau inovasi berkesan.

“Kerjasama bersepadu ini mesti memfokuskan kepada usaha mengekalkan sumber air supaya pengeluaran makanan negara tidak terjejas,” katanya ketika merasmikan persidangan tahunan Jabatan Pengairan dan Saliran ke-22 (MANCO ke-22) di sini, hari ini.

Persidangan bertemakan ‘Innovative and Sustainable Agri-Water Management: Adapting To A Variable and Changing Climate’ dianjurkan MoA, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis dan Persekutuan Kebangsaan Bagi Pengairan dan Saliran Pertanian Malaysia (MANCID).

Ismail berkata perubahan tidak menentu iklim juga menyumbang kejadian bencana alam seperti banjir serta kemarau dan secara langsung menjejaskan bekalan makanan negara dan paling menerima kesan ialah masyarakat petani di luar bandar. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ismail Bakar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fokus Pembersihan Sektor Awam Daripada Rasuah

11/10/2018
0

PUTRAJAYA - Fokus pembersihan sektor perkhidmatan awam yang dilaksanakan adalah bagi memastikan penjawat awam sentiasa mengamalkan prinsip integriti dan tadbir...

KSN Tolak Tuduhan SPA Sabotaj Kerajaan PH

11/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar menafikan dakwaan kononnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mensabotaj pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd