• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Hari Tu Campak Kerusi, Sekarang TV Pulak?”

oleh Haris
04/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIKAP tidak bertanggungjawab seorang individu yang baling televisyen dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Taman Seri Intan, Ampang, Selangor telah menyebabkan sebuah kereta rosak teruk.

Mujur televisyen seberat 10 kilogram yang dicampak itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa seperti yang pernah berlaku ke atas seorang remaja di Flat PPR Sri Pantai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur, pada Januari lalu.

Lapor Harian Metro, kejadian terbaharu ini disedari pemilik kenderaan jenis Perodua Myvi itu pada tengah hari semalam yang kemudiannya mengambil tindakan membuat aduan kepada pihak pengurusan pangsapuri itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, pihak pengurusan pangsapuri berkenaan membuat aduan kepada pihak polis berhubung kejadian itu sekitar pukul 12.50 tengah hari.

“Ketika kejadian, ada petugas pihak pengurusan berada di kebun berhampiran pangsapuri sebelum dia menyedari ada objek iaitu televisyen dibuang dari tingkat atas dan terkena kereta Perodua Myvi.

“Kami mengambil keterangan daripada pemilik kereta berkenaan dan mendapati pemilik televisyen berkenaan adalah penghuni di tingkat 13 blok pangsapuri terbabit,” katanya ketika dihubungi akhbar itu.

Hamzah berkata, menerusi keterangan pemilik televisyen berkenaan, alat elektronik itu diletakkannya di hadapan rumah dan mahu dibuang selepas tidak lagi berfungsi.

Bagaimanapun, dia tidak mengetahui individu yang bertindak mencampak televisyen itu ke bawah sehingga membahayakan penghuni lain pangsapuri itu.

“Televisyen itu diletakkan di depan rumah sejak tiga minggu lalu kerana ketika dia mahu buang televisyen berkenaan, ia menghempap kakinya menyebabkan hanya diletakkan di depan rumah.

“Pemilik televisyen itu memaklumkan dia tidak mengetahui individu yang membuangnya ke bawah. Siasatan lanjut dijalankan pegawai penyiasat mendapati tiada saksi melihat kejadian itu dan tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian,” katanya.

Tambahnya, pihak polis meminta sesiapa yang mempunyai sebarang informasi mengenai kejadian itu untuk tampil bagi membantu siasatan.

Kejadian seperti ini sebenarnya membuatkan para netizen terimbas kembali kisah pilu seorang ibu yang kehilangan anaknya selepas tindakan tidak bertanggungjawab penduduk mencampak kerusi daripada tingkat atas.

Insiden malang tersebut menyebabkan kepala mangsa terbelah dua. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Perodua Myvitelevisyen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 ‘Superman’ Tunggang Motosikal Masuk Lokap

Next Post

Teliti Harumanis Elak Menjadi Mangsa Peniaga

Related Posts

“Kenapa Langgar Papa Saya Sampai Mati”

15/10/2020
0

JOHOR BAHRU - Keluarga Allahyarham Laskar Kanan Mohd Rizal Suberi, 31, belum bersedia memaafkan pemandu wanita yang menyebabkan anggota Tentera...

Pemandu Perodua Myvi Mohon Maaf, Ampun

15/10/2020
0

JOHOR BAHRU - "Saya mohon maaf dan keampunan daripada keluarga mangsa," kata Nur Fatin Nasrah Suhaimi. Nur Fatin, 23, yang...

Next Post

Teliti Harumanis Elak Menjadi Mangsa Peniaga

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd