• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Siberia Di Hungary Sakit Sendi Pinggul Dibedah

oleh
24/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LEGA… Seekor Harimau Siberia di Hungary buat pertama kali mendapat rawatan sel stem Lipogems untuk masalah sendi pinggul pada Rabu lalu.

Pembedahan lipogem adalah prosedur sel stem yang menggunakan tisu lemak pesakit sendiri untuk mendapatkan sel stem regeneratif yang dapat menyembuhkan sendi yang cedera.

Prosedur ini dicipta pada tahun 2010 oleh Dr. Carlo Tremolada, pakar bedah plastik Itali yang menggunakannya untuk pembedahan plastik dan kosmetik.

Cara pembedahan ini telah berjaya digunakan untuk mengubati sendi manusia pada masa lalu.

Lapor Euro News, seekor harimau Siberia di Zoo Szeged, selatan Hungary bernama Igor telah menderita sakit sendi pinggul sejak beberapa tahun lalu yang memerlukan pembedahan untuk sembuh.

Selepas mendapat janji temu doktor, haiwan liar itu telah dibedah oleh Dr. Róbert Gippert, doktor haiwan di klinik haiwan Kaposvár.

“Sendi pinggul Igor akan dirawat seperti sendi pinggul manusia. Semasa proses rawatan sel stem, sejumlah kecil tisu lemak diambil dari haiwan ini. Ia akan disuntik semula pada sendi yang sakit,” katanya.

Menurutnya lagi, Igor akan mengambil masa beberapa hari untuk sembuh sepenuhnya dan kemudian dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Igor telah tinggal di zoo tersebut sejak 13 tahun lalu dan dijaga dengan baik oleh pelatih haiwan yang bertugas. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: dibedahharimau SiberiaHungary
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harimau Siberia Minta Bantuan Manusia

07/01/2019
0

ALEKSEYEVKA - Seekor harimau siberia jantan mengejutkan pakar hidupan liar apabila ia keluar dari hutan dan meminta pertolongan manusia selepas...

Seorang Bayi Dilahirkan Beruban Di Hungary

19/04/2017
0

BUDAPEST - Seorang bayi yang dilahirkan dengan rambutnya beruban disahkan tidak menghidap sebarang penyakit. Bence yang dilahirkan di sebuah hospital...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd