Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Jutawan Insaf Selepas Terlibat...

LELAKI ini Mazzi Dumato, 38, bukan sembarangan orang. Beliau adalah seorang ahli perniagaan...

Trump Sah Akan Jumpa...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahkan hari ini bahawa sidang kemuncaknya...

Cerita Di Sebalik RM...

KETIKA artikel ini baharu ditulis pada 26 Ogos, kejatuhan Ringgit Malaysia (RM) sudah...

Hemat Berbelanja Untuk Hadapi...

KUALA LUMPUR - Jika 2017 mencatatkan tempoh sela pembayaran gaji terpanjang sebanyak 42...

Hari Serban Sikh Catat Rekod Dunia Di New York

MERIAH… Masyarakat Sikh di kota New York, Amerika Syarikat (AS) mencatat rekod baru dengan mengikat jumlah serban terbanyak dalam satu acara yang diadakan di Times Square pada 7 April.

Acara unik itu anjuran pertubuhan dipanggil sebagai Sikh of New York, sempena Hari Serban diadakan di pusat pelancongan terkenal tersebut, menurut seorang jurucakap pertubuhan berkenaan.

Rekod dunia dicatat dengan mengikat “beribu-ribu serban dalam tempoh beberapa jam”. Sebenarnya, acara mengikat serban itu secara simbolik bertujuan meningkatkan kesedaran tentang masyarakat Sikh.

Ini kerana baru-baru ini, berlaku beberapa jenayah ke atas penganut Sikh yang memakai serban oleh sebilangan anggota masyarakat yang jahil tentang masyarakat itu. Hari Serban diperkenalkan sejak 2013 sebagai acara tahunan.

Ia bertepatan dengan pesta Vaisakhi di mana hari penubuhan masyarakat Sikh diraikan – juga dikenali sebagai perayaan Khalsa – pada 14 April. Tahun ini, acara yang diadakan sepanjang hari itu diadakan seminggu lebih awal.

Chanpreet Singh, pengasas pertubuhan itu berkata bahawa sekitar 9,000 serban diikat, iaitu satu rekod. Menurutnya, serban diikat pada kepala para pengunjung tidak kira usia, agama dan jantina.

Ini juga melambangkan nilai teras masyarakat Sikh, tambahnya. Pensijilan Rekod Dunia Guinness dianugerahkan kepada pertubuhan itu kerana “jumlah serban terbanyak diikat dalam tempoh lapan jam di Times Square pada 7 April 2018.”

Beratus-ratus sukarelawan mewakili masyarakat itu bagi membantu mengikat serban berwarna-warni pada kepada para pengunjung – penduduk New York, pelancong dan rakyat AS – yang berada di Times Square.


Bukan itu sahaja, sukarelawan berinteraksi dengan pelancong untuk menerangkan tentang agama, adat dan budaya mereka. Serban sering disalah anggap sebagai berkaitan pengganas, ekoran insiden pada 11 September 2001.

Penganut Sikh berdepan masalah ini dan sering diserang rakyat AS yang mengira mereka anggota kumpulan pengganas. Selain acara itu, terdapat persembahan muzik dan budaya yang penuh warna-warni di acara itu.

Tahun lalu, anggota Kongres Gregory Meeks mengeluarkan pernyataan yang mengesahkan 15 April 2017 sebagai ‘Hari Serban’ dan memuji usaha pertubuhan tersebut bagi mendidik masyarakat lain tentang agama Sikh.

Ramai rakyat AS turut memakai serban pada hari berkenaan dan berjalan di Times Square sambil berswafoto sesama mereka. Malah, seorang pelancong dari Hong Kong berkongsi pengalamannya pada hari itu:

“Kami tahu ada penganut Sikh di Hong Kong dan kawasan Asia Tenggara lain tetapi kami tidak mengenali mereka. Ini kali pertama seseorang penganut Sikh menghampiri saya dan menawarkan untuk mengikat serban.

“Ia baik untuk mengenali lebih mendalam tentang adat resam dan agama mereka. Saya bersimpati dengan penganut Sikh yang menjadi sasaran semata-mata kerana mereka memakai serban.” – BERNAMA/haa

Kategori