• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanis Nadiah Teruja Beraksi Di Sukan Komanwel

oleh AK-47
04/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOLD COAST – Pertama kali beraksi di pentas Sukan Komanwel 2018 tidak memberi tekanan kepada pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn sebaliknya beliau teruja untuk memulakan aksi pertama pasukan Malaysia menentang India, Jumaat ini.

Hanis Nadiah, 22, berkata beraksi di Sukan Komanwel kali ini merupakan peluang keemasan buatnya untuk mengembangkan bakat dan mengharumkan nama negara.

“Saya sangat teruja dapat peluang mewakili negara di tahap lebih tinggi. Saya kena buktikan saya mampu beri prestasi lebih baik di sini dan jika dilihat kepada perlawanan persahabatan menentang pasukan New South Wales, prestasi Malaysia agak baik.

“Kita menang satu perlawanan dan kalah satu perlawanan. Perlawanan tersebut untuk kita uji taktikal baharu yang boleh diguna pakai semasa pertandingan nanti,” katanya ketika ditemui Bernama di perkampungan sukan di Universiti Griffith, Selasa.

Beliau berkata punca kekalahan skuad negara pada aksi persahabatan tersebut kerana beberapa pemain belum memahami sepenuhnya aspek taktikal baharu yang cuba diterapkan jurulatih kebangsaan, Muhammad Dharma Raj Abdullah.

Namun, beliau berkata perkara itu tidak menjadi masalah kerana skuad negara mempunyai pilihan lain untuk menggunakan strategi yang sering ditampilkan sebelum ini.

Mengenai perlawanan menentang India, Hanis Nadiah berkata mereka sudah mengkaji corak permainan pasukan lawan itu melalui rakaman video.

Selain India, Malaysia berada dalam Kumpulan A bersama Afrika Selatan, England dan Wales.

Sementara itu, kapten hoki wanita negara, Siti Noor Amarina Ruhani tidak menafikan skuad negara​​​​​​ bakal berdepan cabaran sengit daripada pasukan India, England dan Afrika Selatan yang berada di ranking lebih baik berbanding Malaysia.

“Setiap temasya atau perlawanan pasti ada tekanan, namun apa yang paling mustahak adalah pemain perlu beraksi pada tahap terbaik mereka. Pasukan sudah pun dapat input seperti taktikal pihak lawan melalui analisis video.

“Kita kaji mengenai cara serangan, pertahanan mahupun pukulan mereka sebagai persediaan buat pasukan menyekat kemaraan pasukan lawan,” katanya.

Siti Noor Amarina turut berharap rakan sepasukan tidak gugup menentang pasukan di ranking lebih tinggi, sedangkan mereka juga mempunyai kelebihan berbanding pasukan lawan. – BERNAMA

Tags: Hanis Nadiahhoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd