• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hak, Pembangunan Sarawak Akan Terus Dilaksanakan

oleh AK-47
06/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi memberi jaminan beliau akan terus menjamin hak serta membangunkan Sarawak bersama pimpinan kerajaan negeri.

Najib berkata negeri Sarawak dekat di hati beliau malahan telah dibuktikan menerusi pelbagai komitmen serta projek yang telah dilaksanakan menerusi kerjasama erat kerajaan pusat dan negeri.

“Saya telah datang ke negeri ini sebanyak 60 kali, menerusi walkabout ke 163 lokasi banyak projek telah dilaksanakan malahan peruntukan besar seperti Pan Borneo Highway bernilai RM22 bilion juga telah diberi.

“Saya juga telah serahkan semula Empangan Bakun balik kepada kerajaan negeri Sarawak kerana empangan ini boleh membekalkan tenaga elektrik yang boleh menarik ramai pelabur datang ke negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Rakyat 2018 di Eastwood Valley Golf and Country Club di sini malam ini.

Hadir sama Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri James Jemut Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sementara itu, Najib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang stabil, aman serta selamat.

“Rakyat perlu memilih kerajaan berdasarkan rekod pencapaian yang telah dibuktikan.

“Dalam politik rakyat tidak boleh menilai sekadar melihat atau mendengar cakap ahli politik sebaliknya perlu melihat karakter individu tersebut.

“Politician yang running for office (Politikus yang mengejar jawatan) akan cakap dan janji yang manis sahaja namun dia boleh pula cakap berlainan atau bertentangan sama sekali dengan apa yang dia telah cakap dan buat selama ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BN Perlu Menang Di Kedah Demi Pembangunan

Next Post

‘Pasti Kau Milikku’ Penuh Elemen Kemelayuan

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

'Pasti Kau Milikku' Penuh Elemen Kemelayuan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd