• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hafizh Syahrin Tak Ingin Fikir Soal Kedudukan

oleh Ahmad Albab
01/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGKAK – Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang beraksi di Perlumbaan MotorGP Dunia tidak ingin fikir soal kedudukan, sebaliknya ingin memberi tumpuan kepada usaha mengumpul mata.

Pelumba berasal dari Selangor itu berkata beliau akan berkerja keras untuk terus mengutip mata pada pusingan kedua di Argentina yang dijadualkan berlangsung pada 9 April dan juga pusingan berikutnya.

“Apa yang penting, saya akan sediakan fizikal saya dan terus fokus kepada perlumbaan berikutnya daripada fikirkan soal kedudukan,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Tangkak Racing Track dan Kejuaraan Cub Prix Malaysia ke-25 tahun di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Pelumba berusia 23 tahun itu sebelum ini mencapai keputusan yang baik apabila berjaya mengutip dua mata selepas menduduki tempat ke-14 pada Perlumbaan MotoGP Dunia, pusingan satu di Qatar pada 19 Mac lalu.

Hafizh Syahrin yang beraksi dalam kategori utama Moto GP Dunia untuk pasukan Monster Yamaha Tech3 berkata setelah berjaya mengumpul mata yang baik, barulah beliau akan fikir soal kedudukan dalam perlumbaan.

“Jika dapat tempat kesepuluh terbaik itu boleh dikira sebagai bonus bagi saya,” katanya.

“Sekarang ini, saya berlatih sekurang-kurangnya tiga jam sehari dan terus belajar mengenali jentera dengan bantuan pasukan,”katanya.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah atas kejayaan Hafiz Syarin dan rakan-rakan sepasukan yang lain dan berharap anak muda itu mampu terus mencipta nama di persada sukan permotoran dunia.

“Selamat maju untuk Hafiz Syarin dan rakan-rakan yang lain untuk musin permulaan tahun ini, Saya harap bukan beliau seorang sahaja tapi ramai lagi rakyat Malaysia mampu naikan Jalur Gemilang di peringkat tertinggi permotoran dunia,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut. – BERNAMA

Tags: Hafizh Syahrin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MotoGP: Binder Ganti Hafizh Syahrin, Musim Hadapan

11/07/2019
0

PELUMBA dari Afrika Selatan, Brad Binder sah menggantikan posisi Hafizh Syahrin dalam pasukan Red Bull KTM Tech 3 dalam saingan...

MotoGP: Litar Kering Pilihan Hafizh Di Sepang

31/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelumba MotoGP pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengharapkan keadaan litar yang kering di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd