• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hafiz Quran 30 Juzuk Pulih Dari Kanser Tahap 4

oleh
05/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNIK… Kecekalan seorang penghafaz al-Quran yang disahkan mengidap kanser; menggemparkan orang ramai apabila dia berjaya sembuh sepenuhnya dari penyakit yang jarang sekali boleh diubati itu.

Muhammad Amin Muadzam, 18, disahkan menghidap penyakit kanser darah tahap empat tersebut ketika remaja itu hanya tinggal baki 10 juzuk lagi untuk bergelar sebagai hafiz.

Pada mulanya, anak sulung daripada enam beradik itu mengalami batuk biasa, namun lama-kelamaan bahagian lehernya mula membengkak sehingga Muhammad Amin tidak larat berjalan.

Setelah pemeriksaan dijalankan, doktor memaklumkan dia menghadapi kanser darah tahap empat menyebabkan hafalan anak jati Sarawak itu terhenti seketika akibat lemah semangat dan mahu berputus asa.

Muhammad Amin, Muhammad Adli, menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1429H/2018. Sumber : Harian Metro

Pun begitu, bapanya yang juga pakar radiografi di Hospital Umum Sarawak (HUS) tetap memberi sokongan dan dorongan untuk tidak mengalah dan meneruskan amalan baik tersebut serta menyakinkan bahawa di sebalik bacaan al-Quran terdapat penawar yang boleh menyembuhkan penyakit.

“Saya pegang nasihat dan kata-kata ayah. Setiap kali menanggung sakit akibat kemoterapi, saya mencari al-Quran dan istiqamah dalam meneruskan hafalan walaupun terbaring di atas katil hospital.

“Alhamdulillah, tidak rugi menghafal al-Quran apabila dua tahun lalu, pakar kanser mengesahkan saya pulih sepenuhnya daripada penyakit itu,” katanya kepada Harian Metro.

Pelajar Madrasah Darul Ulum Islamiah, Kuching telah mewakili negeri Sarawak bagi kategori hafazan juzuk satu hingga 30 sempena Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1429H/2018 yang diadakan di Kompleks Islam Putrajaya di sini, hingga Jumaat ini.

Turut sertai, adik bongsunya, Muhammad Adli, 12, juga mewakili Sarawak dan menjadi peserta termuda bagi kategori hafazan kali ini untuk juzuk satu hingga 20.

Muhammad Amin telah mula menghafal al-Quran sejak berusia tujuh tahun dan berjaya menghabiskan hafalan 30 juzuk tahun lalu dan empat bulan untuk Syahadah. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: HafizkanserQuran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

16/02/2023
0

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd