• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Habis… Semua Motosikal Kena Sapu”

oleh
23/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LEBIH 10 motosikal yang berhenti di bahu jalan jejambat kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan telah dirempuh tanpa belas kasihan sekitar jam 2 petang semalam.

Kejadian tersebut dipercayai membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah Perodua Axia terbabas ke tepi jalan merempuh sebanyak 12 buah motosikal termasuk motosikal berkuasa tinggi yang berhenti berteduh di bawah jejambat ketika hujan lebat.

Insiden tersebut telah mengakibatkan seorang penumpang motosikal cedera ringan manakala yang lain selamat kerana berada jauh dari motosikal masing-masing di sebalik penghadang jalan.

Motosikal yang dilanggar telah terperosok di bawah kereta dan mengalami kerosakan teruk.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, berkata siasatan mendapati perodua Axia yang dipandu wanita berusia 23 tahun dari arah Senawang ke Banting hilang kawalan selepas melanggar lopak air.

“Keretanya kemudian melanggar pembahagi jalan sebelum melintang di tengah jalan. Sebuah kenderaan lain di belakangnya tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta itu.

“Kedua-dua kenderaan itu kemudian terbabas ke lorong kecemasan dan merempuh 12 motosikal yang berada di bawah jejambat,” katanya pada Berita Harian.

Penumpang motosikal wanita yang cedera di dalam kemalangan itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: kemalangankeretamotosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd