Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

2 Kapal Pindah Diesel...

LABUAN - Dua buah kapal dagang beserta 19 kru rakyat Malaysia, enam warga...

Projek RKAT Kem Sri...

MIRI - Projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Kem Sri Miri yang bernilai...

Soo Wincci Bercita-Cita Mahu...

PETALING JAYA - Selepas berjaya bergelar doktor falsafah (PhD), penyanyi dan pelakon Soo...

PBT Kedah Sasar Tiada...

LANGKAWI - Kerajaan negeri Kedah yakin dapat mencapai sasaran sifar aduan tentang kebersihan...

Guru ‘Terlampau’ Ajak Murid Tonton Video Porno

JAKARTA – Seorang guru sekolah rendah di daerah Glagah, Banyuwangi, Jawa Timur didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral apabila memaksa muridnya menonton klip video lucah.

Lapor portal berita Indonesia, Detik.com, guru berkenaan yang hanya dikenali sebagai Helmanto, 57, melakukan perbuatan tersebut setiap kali mengendalikan subjek Pendidikan Jasmani.

“Pada awalnya, kami ditunjukkan video lawak jenaka. Tapi tidak lama selepas itu, kami ditunjukkan pula video adegan orang dewasa telanjang,” kata salah seorang murid.

Difahamkan, ini bukan kali pertama guru warga emas terbabit melakukan perbuatan berkenaan di mana lelaki itu sebelum ini dikatakan pernah meraba beberapa murid tahun empat.

“Maklumat yang kami terima, guru itu sering menyasarkan murid tahun satu dan tahun empat di sekolah tempatnya mengajar.

“Tidak kira pelajar lelaki mahupun perempuan, kesemua mereka dipaksa menonton video lucah,” kata polis.

Sementara itu suspek ketika disoal menafikan tuduhan murid-muridnya malah mendakwa hanya menunjukkan beberapa video berkenaan cara-cara untuk bersenam.


“Saya hanya tunjukkan kepada mereka beberapa video dan gambar mengenai individu melakukan teknik senaman yang betul.

“Ini kerana mereka harus membiasakan diri dengan cara yang akan saya ajar kepada mereka,” katanya ketika disoal.

Sehingga kini suspek masih direman dan akan dilanjutkan siasatannya selama beberapa hari. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori