• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru ‘Terlampau’ Ajak Murid Tonton Video Porno

oleh AK-47
20/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Seorang guru sekolah rendah di daerah Glagah, Banyuwangi, Jawa Timur didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral apabila memaksa muridnya menonton klip video lucah.

Lapor portal berita Indonesia, Detik.com, guru berkenaan yang hanya dikenali sebagai Helmanto, 57, melakukan perbuatan tersebut setiap kali mengendalikan subjek Pendidikan Jasmani.

“Pada awalnya, kami ditunjukkan video lawak jenaka. Tapi tidak lama selepas itu, kami ditunjukkan pula video adegan orang dewasa telanjang,” kata salah seorang murid.

Difahamkan, ini bukan kali pertama guru warga emas terbabit melakukan perbuatan berkenaan di mana lelaki itu sebelum ini dikatakan pernah meraba beberapa murid tahun empat.

“Maklumat yang kami terima, guru itu sering menyasarkan murid tahun satu dan tahun empat di sekolah tempatnya mengajar.

“Tidak kira pelajar lelaki mahupun perempuan, kesemua mereka dipaksa menonton video lucah,” kata polis.

Sementara itu suspek ketika disoal menafikan tuduhan murid-muridnya malah mendakwa hanya menunjukkan beberapa video berkenaan cara-cara untuk bersenam.

“Saya hanya tunjukkan kepada mereka beberapa video dan gambar mengenai individu melakukan teknik senaman yang betul.

“Ini kerana mereka harus membiasakan diri dengan cara yang akan saya ajar kepada mereka,” katanya ketika disoal.

Sehingga kini suspek masih direman dan akan dilanjutkan siasatannya selama beberapa hari. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Tags: pedofilapornografi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Wong Shu Qi Dakwa Cina Suka Pornografi Satu Penghinaan

13/08/2019
0

KUALA LUMPUR – Kenyataan Ahli Parlimen DAP Kluang, Wong Shu Qi yang mendakwa orang Cina lebih faham jika menggunakan contoh...

Sekat Penularan Video Lucah Dikaitkan Dengan Menteri

27/06/2019
0

SHAH ALAM – Pihak berwajib digesa menyekat penularan video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet dan memberi amaran keras...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd