• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gred 56, Berita Baik Untuk Sektor Pendidikan

oleh Ahmad Albab
05/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lapisan kenaikan pangkat DG56 bagi Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan akan memberi manfaat kepada pengetua sekolah, pegawai di pejabat pendidikan daerah dan juga ketua sektor di Jabatan Pendidikan negeri yang berada pada pangkat DG54, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata pengumuman kewujudan gred 56 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini akan memberi impak positif kepada perkhidmatan pendidikan kerana ia membolehkan pegawai naik satu lagi gkat gred.

“Saya sangat berpuas hati dengan pengumuman perdana menteri berkaitan DG56 ini, ia satu langkah yang sangat baik,”katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPA XVI) di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, perdana menteri mengumumkan kerajaan akan mewujudkan lapisan kenaikan pangkat Gred 56 bagi Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan khusus bagi pegawai yang berada lebih lima tahun pada DG54. Berkuat kuasa 1 Jan tahun depan (2019), ia memberi peluang kenaikan pangkat kepada 323 pegawai dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.4 juta.

Mahdzir berkata penambahan lapisan gred 56 itu membolehkan pegawai pendidikan di gred 54 peluang untuk naik setangga lagi sekiranya tidak dapat naik ke Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA C).

“Ketika ini gred bagi pegawai pendidikan bermula daripada DG41 sampai DG54, sebelum ke JUSA C, jadi bagi mereka yang tidak sampai ke JUSA C itu, boleh pergi ke DG56,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd