• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gol Magis Ronaldo Dapat Tepukan ‘Fans’ Juventus

oleh Haris
05/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELURUH peminat bola sepak tidak menafikan bahawa Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi merupakan dua pemain terbaik dunia dan pemain lain masih belum berada dalam kelas mereka.

Namun, isu yang sering menjadi perdebatan dalam kalangan peminat adalah pemain manakah terbaik kerana mereka berdua terikat lima penganugerahan Ballon d’Or, yang diberi kepada pemain terbaik dunia setiap tahun.

Dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah, pasukan Ronaldo, Real Madrid menentang Juventus di laman lawan menyaksikan dia menjaringkan satu gol berkelas dunia yang mengukuhkan lagi nama sebagai pemain terbaik dunia.

Cristiano Ronaldo with a world class goal. ⚽😲 pic.twitter.com/f4QiVf8SGd

— Listen2This1✌ (@Listen2ThisOne) April 3, 2018

Jaringan sepakan gunting Ronaldo nyata mengagumkan ramai apabila pemain itu mempamerkan teknik dan kebolehan fizikal baik sehingga berupaya menjaringkan gol sebegitu walaupun umurnya telah mencecah 33 tahun.


Momen genius yang ditampilkan Ronaldo itu telah menyebabkan seluruh stadium yang majoritinya merupakan penyokong Juventus turut serta memberikan tepukan gemuruh terhadap jaringannya itu.

Melihat satu stadium memberikan penghargaan itu kepadanya, Ronaldo turut melakukan gerak badan tanda berterima kasih kepada penyokong-penyokong lawan di Stadium Juventus, Turin, Itali itu.

Malah, reaksi jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane yang nyata terkejut menyaksikan jaringan Ronaldo itu turut dirakam kamera dianggap serupa dengan reaksi mereka yang menonton perlawanan itu di rumah.

Pemain Juventus, Giorgio Chiellini yang ditemui media selepas perlawanan, mengatakan dia masih terkejut dengan jaringan itu dan Ronaldo sememangnya pemain terbaik dalam sejarah bola sepak.

Zinedine Zidane Turut Terkejut Melihat Jaringan Ronaldo

“Apa yang Ronaldo lakukan hari ini akan menjadi bualan berdekad-dekad lamanya. Saya tidak pernah dengar penyokong di Turin memberikan tepukan kepada pemain pasukan lawan sehingga malam ini. Bagi saya, dia adalah pemain terbaik di dalam sejarah,” ujar pemain pertahanan itu.

Pemain lain dalam sejarah yang pernah diberikan tepukan oleh penyokong lawan adalah pemain memiliki nama sama, Ronaldo Nazario de Lima ketika turut beraksi bersama Real Madrid menentang Manchester United.

Ronado Luis Nazario de Lima

Ronaldo Lima menerima tepukan gemuruh dari penyokong Manchester United ketika menjaringkan hatrik pada perlawanan di stadium Old Trafford, Manchester, United Kingdom itu pada tahun 2003.

Dalam aksi awal pagi tadi itu, Real Madrid memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 3-0 disumbangkan dua gol Ronaldo dan satu lagi gol dijaringkan Marcelo memberikan kelebihan selesa buat pasukan itu.

Aksi timbal balik kedua-dua pasukan ini akan berlangsung pada minggu hadapan dan kali ini di laman Real Madrid di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid, Sepanyol. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: bola sepakCristiano RonaldoReal Madrid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd