• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Generasi Muda Digalak Contohi Sister Sabria

oleh AK-47
16/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pengalaman Sabariah Hussein atau Sister Sabria dalam menjalankan kerja-kerja amal selama 30 tahun di Montreal, Kanada wajar dicontohi generasi muda di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerja-kerja kebajikan dan kesukarelawan yang dilakukan anak kelahiran Johor itu sepatutnya dijadikan aspirasi untuk semua.

“Kita sebenarnya memerlukan golongan seperti ini yang berada di lapangan untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan masyarakat. Ini (kerja kebajikan) merupakan satu perkara yang cukup besar dan perlu dijadikan panduan dan ikutan generasi muda.

“Malah, kehidupan Sister Sabria yang hidup dalam lingkungan masyarakat pelbagai agama itu sebenarnya bukan menjadi penghalang besar malah kita dapat hidup dalam keadaan yang selesa asalkan kita mempunyai sifat belas kasihan terhadap orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas ‘Executive Talk bersama Sister Sabria’ bersempena Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Dunia (WCIT) 2018 yang akan diadakan pada 16 hingga 18 Julai depan.

Sementara itu, Sabariah, 70, pesara guru pendidikan khas, berkata generasi muda perlu memberi tumpuan kepada merancang kehidupan mereka.

“Mereka harus memberi tumpuan kepada apa yang diingini dalam hidup mereka, apakah rancangan mereka. Jika mahu mengambil bahagian dalam kerja-kerja amal, mereka perlu pastikan di kawasan mana. Jangan buat separuh jalan dan kemudian tinggalkan sebab tiada minat,” katanya.

Sister Sabria yang berhijrah ke Kanada kira-kira 32 tahun lalu dan terkenal dengan kerja-kerja amalnya di negara itu, berkata beliau mula suka melakukan kebajikan itu selepas melihat ibu bapanya selalu menyumbang tenaga untuk badan amal.

“Kerja-kerja amal bermula dari rumah dengan ibu saya banyak melakukannya untuk orang yang memerlukan dan kadang-kala memasak pada majlis pernikahan asnaf.

“Saya ingat ketika itu saya bertanya kepada ibu ‘kenapa tak minta mereka bayar’? dan ibu menjawab ‘kesian, mereka tak mampu, kita kena sentiasa tolong mereka yang tak mampu,” katanya.

Sabariah mengendalikan pusat kebajikan ‘Our Second Home’ dari kediamannya dan kerja-kerja amalnya boleh ditonton di laman Sister Sabria Foundation di Facebook. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd