• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Kesal Dieksploitasi Jadi Poster Kempen Politik

oleh
14/04/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENJELANG Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan bulan hadapan, pelbagai parti politik mula menggunakan poster kreatif bagi menarik perhatian pengundi memilih mereka.

Namun, poster seorang gadis Melayu dan diterbitkan salah sebuah parti pembangkang yang cuba meraih undi itu bukan sahaja tular di media sosial malah mencetuskan kontroversi pula.

Ia susulan, gambar wanita tersebut sebenarnya disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab apabila cuba mengaitkannya dengan aktiviti kempen sebuah parti politik tempatan.

Difahamkan poster terbabit berjaya disebarkan menerusi laman sosial oleh pihak pembangkang yang dipercayai sengaja mempergunakannya demi kepentingan agenda politik tertentu.

Bagaimanapun pemilik foto itu yang hanya mahu dikenali sebagai Aidaazira telah tampil secara terbuka apabila menjelaskan perkara sebenar melalui akaun sosial Twitter miliknya hari ini.

Jelasnya, dia mengaku amat terkejut susulan penyebaran gambar itu selain menegaskan terkilan dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang eksploitasi gambarnya untuk kempen siasah.

Baca: Mohon Maaf Ubah Suai Poster BN Edar Coli Percuma

Gadis terbabit difahamkan turut menggesa pihak yang tidak bertanggungjawab itu agar segera tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada dirinya yang aib ekoran poster tersebut.

“Last, kalau boleh aku nak orang yang edit curi gambar aku kat Instagram ini sendiri untuk minta maaf dekat aku,” luah Aidaazira lagi dengan nada yang agak kesal menerusi kicauan itu.

Kes unik ini ternyata menarik perhatian netizen, apatah lagi ia berlaku sehari sahaja selepas Akta Antiberita Tidak Benar diwartakan secara rasmi bagi mengekang penularan maklumat jahat pihak tertentu.

Justeru, parti politik yang bertanding seharusnya lebih berhemah dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan gambar mana-mana individu untuk tujuan kempen siasah mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PRU-14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

14/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) yakin dapat membentuk kerajaan serta memperoleh majoriti mudah 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum...

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

11/11/2022
0

Kuala Lumpur : Tindakan individu menurunkan bendera parti Pakatan Harapan (PH) di hadapan Muzium Negara, di sini, kerana pemasangan bendera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd